Followers

Translate

Tuesday, April 6, 2010

KAYUHAN JEJAK KASIH

Sabtu, 3 April 2010 - Seramai 11 pengayuh mtb berkumpul di hadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin untuk kayuhan di pagi Sabtu. Cuaca yang baik pagi ini seolah-olah mengalu-alukan semua peserta hari ini.
Kayuhan yang digelar 'Kayuhan Teh Tarik Pulut Ayam' terpaksa diubah kerana beberapa sebab:
1. Tiada menu teh tarik & pulut ayam - sebab nak diet la sikit. Jika berkayuh dan lepas tu makan pulak makanan yang agak tinggi kandungan kolestrol alamatnya makin bertambah 'sihat' la badan masing-masing.

2. Antara peserta yang hadir untuk kayuhan kali ni adalah ex-perlis power yang sekarang ni bekerja di timur tengah dan ada peserta dari Putrajaya iaitu Abu Omar yang berkayuh bersama-sama ke Satun, Thailand datang berkayuh pada hari ini.
Jadinya ditukarlah ke 'Kayuhan Jejak Kasih'.




Kibaran bendera negeri Perlis seolah-olah mengalu-alukan kedatangan peserta.




Setelah semua berkumpul. Kayuhan bermula kira-kira jam 830 pagi, lewat 30 minit dari perancangan awal. Kayuhan di ketuai oleh abang Ron. Menyusuri sebahagian laluan RUN10.


Abg Ron - berjersi kuning & merida merah


Disebabkan ada antara yang hadir masih baru, laluan yang dipilih adalah sederhana sahaja. Tetapi betulkah sederhana?

Menyusuri laluan yang agak basah menyebabkan 'tanah melekat' di tayar basikal masing-masing. Berkayuh sehingga lah hampir feeding point 1 dan ikut jalan sebelah kiri. Mulai dari sini sedikit mendaki. Setakat ini masing-masing masih kuat. Tapi peluh dah membasahi jersi.



Laluan ini merupakan laluan alternatif semasa RUN10. Agak tinggi mendaki dan jaraknya hampir 3km. Semasa melalui kawasan ini 2 peserta melakukan aksi 'stuntman' bila kedua-dua tayar basikal terangkat ke atas. Alhamdulillah tiada kecederaan serius.


Berkumpul sebelum meneruskan kayuhan...

Rupa-rupanya laluan ini agak teruk dan mencabar dari laluan semasa RUN10 tempohari kerana banyak mendaki dan banyak batu pulak.

Giliran aku pula semasa mendaki...tus...rantai basikal aku putus. dengan pertolongan kawan-kawan dapatlah rantai disambung semula. jadi basikal ku dah jadi single speed.



Pakat tolong sambung rantai - lepas ni nak kena 'upgrade'


Aku terpaksa berkayuh berpatah balik dan hajat untuk mendaki lagi terpaksa dibatalkan. Peserta yang lain meneruskan cabaran.

Mendaki....

Di atas bukit pertama sebelum 'downhill'


Hj Adam & Yus tersenyum puas - melayan trail ni




Musyir merasmikan MTB barunya di kayuhan ini dan juga membuat terjunan pertama di atas darat....

Semua peserta selamat sampai di tempat permulaan kira-kira pukul 1130 pagi. Semua tersenyun kerana dapat menghabiskan kayuhan ini seterusnya dapat minum pagi + makan tengahari sekali.


Minum air berapa gelas bang....

Secara keseluruhan kayuhan baik, laluan yang di pilih sesuai untuk pengayuh pemulaan dan pertengahan. Tahniah kepada semua peserta.

Lagi gambar 'Kayuhan Jejak Kasih' dalam 'Perlis Power Facebook'.

No comments:

Post a Comment