Followers

Translate

Tuesday, April 13, 2010

KAYUHAN HARUMANIS

Sabtu, 10 April. Seramai 9 penunggang mtb telah berkayuh merentasi laluan berbukit dan mini tar menyusuri dusun buah-buahan berhampiran kawasan peranginan Batu Pahat, Perlis. Di sini juga amat terkenal dengan Taman Ular dan Golf Putra.....

Kayuhan yang dirancangkan bermula tepat 8 pagi, lewat 30 minit dari masa yang direncanakan. Kayuhan bermula dari rumah Yusry dan berakhir di tempat yang sama. Mudah dan sesuai untuk meletakkan kenderaan masing-masing di sini kerana kawasan yang luas.


Luas mata memandang - melalui sawah yang menghijau.


Melalui kawasan sawah yang menghijau memberi semangat baru kepada semua peserta. Udara yang nyaman dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata sebenarnya.




Besaqnya buah ni - Kulit hijau dan isinya kuning - itulah identiti HARUMANIS


Tema kayuhan kali ini ialah Kayuhan Harumanis sempena bulan promosi buah mempelam Perlis yang tak asing lagi. Kebetulan pula kawasan kami berkayuh merupakan antara ladang mempelam terbesar di sini yang dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Perlis.


Destinasi pertama kayuhan ini ialah mendaki bukit Wang Angin. Jalannya agak curam dan berbatu kerikil. Ramai penunggang yang menolak basikal pada pendakian pertama. Memerlukan skil yang tinggi kerana tayar hadapan asyik terangkat saja semasa pendakian bermula. Beberapa meter kehadapan barulah dapat berkayuh semula. Ada juga yang dah buat 'terjunam atas tanah' kerana tak sempat cabut kasut clip.


Kira-kira 1 km pendakian sampai lah ke hentian pertama. Bolehlah merehatkan diri sebelum berkayuh lagi.


Hentian pertama - bersih dah cantik


Sebelum peluh kering kayuhan diteruskan. Mendaki lagi. Jersi yang dipakai dah basah lencun dibasahi peluh jantan. Dah ramai yang menolak termasuk aku. Bila cerunan dah agak melandai, kayuh semula.

Begitulah seterusnya hingga sampai di hentian ke dua, tapi lebih banyak berkayuh dari menolak saja kali ini.


Hentian kedua di Wang Angin - sempadan Siam beberapa meter saja dari sini




Dari kiri : Musyir, Yusry, Adik Wan, Azreen, Hj Nik, Farid, Nazeri & Hj Adam

Sampai di sini kayuhan tidak dapat diteruskan lagi kerana jalan banyak yang rosak teruk, akibat dari hakisan tanah dan hujan pun kerap turun sejak akhir-akhir ini.


Kayuhan berpatah balik mengikuti jalan yang mendaki sebelum ini membuatkan msing-masing tersenyum. Tak perlu berkayuh....cuma kawal brek dan betulkan tayar mengikut haluan.


Semua selamat sampai di kaki bukit tetapi ada juga yang terbabas semasa downhill dan sakitnya masih terasa sampai ke hari ini.


Kayuhan di teruskan melalui kawasan Wang Nordin pula. Juga mendaki. tetapi melalui jalan mini tar, masing-masing merasa sedikit lega.




Wakaf tempat berehat disediakan

Kayuhan tamat tepat pukul 12 tengahari dan masing-masing bergerak ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada sponsor makanan dan minuman untuk kayuhan ini. Moga murah rezeki dan di berkatiNya.


Jus & Puluit Harumanis - memang best.....



Harumanis ada di jual di gerai-gerai di tepi jalan menuju ke Taman Ular, Batu Pahat, Perlis.



Lagi gambar Kayuhan Harumanis di Facebook

2 comments:

  1. oh,,hari sabtu hari tu , geng ni la yg baru nk nek waktu kami duk turun..

    ReplyDelete
  2. geng berumuq dah ni...pelan-pelan kayuh...sampai juga...laju no downhill...

    ReplyDelete