Seramai 11 peserta, termasuklah dari Alstom turut serta dalam kayuhan ini. Bermula di perkarangan UNIMAP, Kuala Perlis dan berakhir di tempat yang sama.
Dari kiri : Andak, Chamnan, Shiva, Hj Nik, Yusri, Musyir, Nazeri, Farid, Azreen, Stephen + Ari
Jarak kayuhan cuma 18 km menyusuri jalan mini tar pada mulanya dan penghujungnya adalah sedikit mendaki. Laluan tersebut amat bagus kerana munguji tahap fizikal & mental para peserta.
Juga tiada bahaya di jalanraya kerana bukannya berkayuh di jalan utama, cuma kadang-kadang bertembung dengan pemilik dusun buah-buahan yang menaiki motorsikal. Mungkin semasa musimnya nanti tentu kayuhan lebih menarik, selepas berkayuh boleh merasa durian, rambutan dll di sini.
Udara nyaman di sini amat baik untuk kesihatan. Tiada pencemaran langsung. Cuma penat kerana berkayuh. Degupan jantung boleh mencapai tahap maksimum dan cara penafasan perlu di jaga terutama di akhir pendakian kerana berkecerunan tinggi. Semua peserta dapat menghabiskan laluan ini dengan selamat.
Selesai kayuhan semua membasahkan tekak dengan menu biasa pisang & 100 plus. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan antara staff semua.
No comments:
Post a Comment