Jika mengikut kalendar Hijrah yang ikut peredaran bulan, pada 16 April ni bersamaan dengan 2 Jamadil Awal (lihat calendar) jadi kecerahan/biasan cahaya matahari yg kena pada bulan sangat la sedikit...sebab tu la kayuhan ni namanya Kayuhan Gelap Gelemat.
Manakala Kulim Jamboree 2 @ Kayuhan Terang Malam pada 1 Mei sangat-sangat sesuai kerana pada tarikh tersebut ' bulan penuh' = 17 Jamadil Awal, sedikit sebanyak dapat membantu 'menyuluh' laluan nanti, itu pun kalau tak hujan. Jadi bersedialah dengan lampu masing-masing....
Dari kiri : Farid, Ari, Azreen, Musyir, Shiva & Anuar Samudi (Nazeri - dlm perjalanan)
Kayuhan dimulakan agak lewat krn menunaikan solat Isyak dulu. Bermula dari Stesen Petronas Jalan Syed Alwi Kangar, menyusuri Titi Chai kemudian menuju ke Changlun. Cuaca baik...walaupun hujan turun lebat pada sebelah petangnya.
Kayuhan pada mulanya pada kelajuan 25 km/j makin bertambah bila masing-masing dah naik minyak...masa ni speedometer pun dah tak nampak...bila sampai di Arau..dengan kelajuan 'maintain' dan melalui di bawah cahaya lampu jalan barulah nampak...30 km/j rupanya. Maksimum speed mencecah 40 km/j...patutla rasa 'debap-debup' saja jantung ni...pakai tayar offroad pulak...jenuh la nak ligan...
Berpatah balik dari Changlun ke Kangaq - masih segar
Berkayuh di malam hari ni best juga. Tak panas. Tapi minum ayaq tu jangan lupa...Amalkan minum setiap 15 minit jika kita melakuan xtvt lasak, utk elak badan dari terhidrasi...infor dari 'ahli sukan'.
Malam tu - ada muka baru. Jaguh marathon - dok pegang peha. Nak krem dah.....
Satu lagi berkayuh malam ni, terutama berkayuh di waktu malam, pastikan mesti ada lampu di depan dan belakang. Depan - cahaya putih, belakang - cahaya merah dan biarkan berkelip-kelip setiap masa. Disamping dapat 'alert' pemandu kereta/motor/lori, ianya juga dapat memanjangkan jangka hayat bateri lampu.
Kayuh malam pun dahaga ooo....
Kayuhan tamat hampir tengah malam. Memang bagus...tapi tak boleh la selalu..subject kepada persetujuan kaum Ibu...nanti ada yang tak leh masuk rumah nanya...kena kunci dari dalam....
Kami bercadang sebelum pi Kayuhan Terang Malam nanti nak kayuh sekali lagi on road dan sekali nak try off road pulak....mungkin Chan NXT buleh anjur..trek di Pauh ka...gena??
Lagi gambar 'Kayuhan Gelap Gelemat'
Di bawah dipaparkan beberapa gambar trek di Kulim Jamboree nanti....pikir la sendiri....malam pulak tu....
No comments:
Post a Comment