Followers

Translate

Sunday, April 25, 2010

Satuday Night Ride - Pauh, RUN 10 (Zone B)

Sabtu, 24 April 2010. Seramai 13 peminat mtb telah merelakan diri untuk mengharungi trek RUN 10 (Zone B). Seperti dirancangkan...semua berkumpul dihadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Pauh, Arau.

Setelah semuanya sudah bersedia dengan basikal masing-masing, sebelum kayuhan dimulakan... bacaan doa oleh Chan NXT sebagai pembuka tirai. Kira-kira 9 malam kayuhan bermula.

Menyusuri lebuhraya Changlun - Kuala Perlis sehingga sampai di jejantas untuk melintasi lebuhraya tersebut. Kayuhan offroad pun bermula...masing-masing mengunakan lampu dihadapan dan belakang.

Aku pula tidak terkecuali menggunakan 2 jenis lampu iaitu cat eye dengan 3 led dan mempunyai 2 mode (flashing dan tidak berkelip) manakala satu lagi Ultrafire yang aku beli online melalui internet sehari sebelum kayuhan - mempuyai satu led dan 3 mode (high beam, low beam dan flashing) memang teranggg.....jarak suluhan cahaya hampir 100 meter kehadapan.

Kecerahan lampu amat-amat perlu, terutama bila laluan offroad dimana perlu berhati-hati kerana laluan agak teknikal. Kadang-kadang terdapat ranting-ranting pokok, lubang-lubang dan lebih dikhuatiri bila sang U... melintas di jalan tersebut.

Jadi sekurang-kurangnya lampu perlulah dua dihadapan dan satu lampu merah di belakang. pastikan juga 'holder' untuk lampu di ketatkan sebelum berkayuh untuk elak gangguan lampu terjatuh dsbnya.


Tak banyak gambar dapat diambil semasa kayuhan kerana laluan gelap dan agak berbahaya. Sedar-sedar dah sampai balik...dok layan climbing dan down hill. Rupa-rupanya kayuh malam ni syok la....tak panaih...cuma kena lebih berhati-hati semasa down hill..silap-silap boleh buat 'break dance'.....
Setelah kayuhan tamat semua berkumpul di kedai minuman berhampiran Politeknik untuk membasahi tekak sebelum masing-masing bergerak balik.


Secara keseluruhan masing-masing berpuashati untuk kayuhan ini dan bersedia untuk Kulim Jamboree 2 nanti @ Kayuhan Terang Malam pada 1 Mei nanti. Jika ada silap dan salah, terkasar bahasa mohon maaf le...tq juga yang belanja ayaq untuk malam tu.....sekian....

Lagi gambar....

Lagi mengenai kayuhan ini - BOO RIDER MTB

No comments:

Post a Comment