Peserta di 'Flag Off' oleh DYTM Raja Muda Perlis bersama-sama dengan YAB MB Perlis dan dif-dif kehormat yang lain.
Pelepasan bermula seperti yang di janjikan...730 pagi.
Masing-masing rasa gementar.....para peserta berdebar kerana memikirkan strategi untuk memintas peserta lain yang berada di depan, bolehkah untuk mendapatkan tempat sekurang-kurangnya 700 untuk mendapatkan medal atau pun bolehkah menewaskan bukit-bukit di laluan nanti....dengarnya Bukit Botak tempat yang paling mencabar....atau pun tolak saja....
Secara keseluruhan trail - dari blog - basikal gunung
Seawal pagi sebelum 7 pagi semua petugas sudah mengambil tempat masing-masing. Bergerak ke tempat yang telah ditetapkan. Ada yang menjaga check point, feeding point, komunikasi, medical dan banyak lagi.....
Petugas-petugas bersiap sedia di pintu masuk Politeknik
Kami petugas-petugas tidak kurang juga merasakan debarannya.....walaupun air yang disediakan boleh menampung lebih dari 3 botol untuk setiap peserta dan pisang sebanyak 4 bakul besar....tetapi back up dah bersedia....di dalam lori masing ada lagi air berpuluh-puluh kotak lagi....itu pun jika peserta dah ambil lebih dari 4 botol seorang......
Ditugaskan untuk menjaga feeding point 1 kali ini. Bagi air dengan pisang......
Memunggahkan kotak-kotak yang berisi air untuk di edarkan kepada semua peserta. cara terbaik ialah dengan buka sedikit tudung botol air dan hulurkankan kepada peserta semua.....<>
Mengatur kotak-kotak air & pisang - bersiap sedia
Peserta pertama sampai di feeding point 1 - buss air tersembur.....
Setelah habis semua peserta melalui feeding point satu - beginilah keadaannya
Setelah semua peserta melepasi feeding point 1 kira-kira 9 pagi iaitu selepas sejam peserta pertama sampai di sini - semua botol-botol kosong dan kulit-kulit pisang kami masukkan dalam plastik sampah dan keadaan tempat tersebut bersih kembali.
Terima kasih banyak-banyak adik-adik & petugas-petugas semua
Selepas semuanya selesai kira-kira pukul 9:30 pagi kami bergegas pula ke tempat lain antara check point 4 dan 5. Memang pergerakan cepat dan pantas.......semua petugas diletakkan ditempat-tempat yang strategi. Medic pun turut serta.....
Salah seorang peserta 'kakinya crem' dibantu paramedic - layanan istimewa di bawah pepohonan rimbun
Ditempatkan di sini dari pukul 10 hingga 12 tengahari memang mencabar, terlupa pula nak bawa bekalan air . Nasib baik la ada back up pertugas yang ronda sepanjang trail. Dapat la juga menghilangkan dahaga.
Ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara lansung dan tidak langsung untuk menjayakan RUN 10. Jika ada salah dan silap tu harap maaf la ya.....
Wakil-wakil dari Perlis Power - Hj Nik
Shiva
AzreenGambar-gambar peserta sempat di 'snap' & di uploadkan.....di bawah>>>>
No comments:
Post a Comment