Followers

Translate

Tuesday, March 9, 2010

RUN 10 @ PERLIS JAMBOREE

RUN 10 (RIDE UP NORTH 2010) @ Perlis Jamboree semakin hampir.



14 mac 2010 nanti akan menyaksikan lebih dari 1300 peserta berbasikal bukit untuk menyahut cabaran di Perlis Jamboree. Penganjur utama iaitu 'Perlis MTB' & kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama ramai pihak akan menyajikan kepada peserta-peserta satu cabaran berbasikal bukit di sini. Kita akan menyaksikan kegigihan dan kesungguhan para peserta. Tetapi seperti motto Perlis MTB "Dimana Rintangan Bukan Halangan" akan membuktikan segalanya.

Perlis Power menyenaraikan seramai 7 peserta untuk menyertai RUN 10. Mereka ialah :

Hj Nik(669), Azali (670), Azreen (671), Shiva (672), Mr Elwyn (673), Nazeri (674), Insa (675).

Latihan berterusan untuk menyertai jamboree tersebut diadakan hujung minggu, berbasikal ke tempat kerja, semasa berkerja...berbasikal sehingga ke seberang laut (Langkawi), tidak lain adalah untuk menyediakan diri untuk menyertai jamboree ini.



Jersinya...memang cantik........


Tidak terkecuali 3 ahli Perlis Power MTB Club iaitu Yusry, Ari & Azam yang juga ahli Perlis MTB akan bertugas sebelum dan pada hari tersebut untuk melancarkan segala perancangan yang telah di buat. Jadi kita akan berjumpa di trail nanti ......




Peta Penempatan Petugas



Peta laluan menceritakan segalanya....



Profail Trail


Peta Kawasan Tempat Letak Kereta



Datanglah awal untuk memastikan dapat tempat parking

di kawasan tersebut.......


Kami mengalu-alukan kedatangan semua peserta, penonton serta semuanya dan berharap semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar, insyaAllah.

Sila layari Perlis MTB untuk berita terkini.....


2 comments: