Followers

Translate

Tuesday, March 23, 2010

Padang Terap (Kuala Nerang) To Wang Kelian Ride > Part 1

20 Mac 2010 , Ahad - Hampir 20 petugas & marshal + 25 riders mengikuti kayuhan ini yang dianjurkan oleh Malakoff Bhd. Satu syarikat swasta yang mana business utama adalah 'menjanakan elektrik' ke Malaysia. Sama seperti Perlis Power, cuma syarikat yang berbeza.
Secara tidak langsung kayuhan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua syarikat ini .

Aku , Azreen dan Farid bersama-sama dengan kumpulan Malakoff bemalam di Terap Inn, Padang Terap. Caj yang dikenakan cuma RM15/kepala untuk satu malam untuk bilik 'dorm'.


Manakala Hj Nik, Shiva & Maslin (support crew) bertolak dari Perlis seawal 5 pagi.

Terap Inn - di Padang Terap



Seawal 6 pagi semua bangun dan membuat persiapan dan menyediakan diri untuk kayuhan ini. Bersarapan nasi lemak dan roti sandwich untuk mengalas perut. Semuanya nampak segar , bertenaga dan bersedia untuk kayuhan kali ini.




Bersarapan di Terap Inn bersama 'support crew'



Masing-masing dengan road bike baru - untuk mengharungi jarak 145 km




Setelah sedikit panduan dan peringatan diberikan oleh marshal, xtvt senaman @ warm up dilakukan oleh semua peserta. Mungkin dapat membantu mengelakkan kekejangan otot semasa kayuhan nanti.


Marshal - dengan vest masing-masing.


Bersiap sedia


Haji Nik dan Shiva bergaya dengan 'roadbike carbon' mereka

Bersama-sama dengan staff malakoff

Antara kenderaan 'support crew' - termasuk ambulan


Dari kiri : Hj Zahram (ex Perlis Power), Ari, Shiva, Azreen & Farid

Kayuhan bermula tepat pukul 8 pagi. Dengan kelajuan yang ditetapkan antara 28 ke 30 km/j, nampaknya semua riders berkayuh dengan tenang. Menyusuri laluan di bawah pepohonan getah dan sawah padi memang cantik.

Suasana redup dan cuaca masih agak dingin membantu semua peserta berkayuh dengan tenang. Sampai di bulatan UUM (Universiti Utara Malaysia) kira-kira jam 9 pagi. Kemudian terus bergerak ke Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun dengan cuaca yang agak panas.

Sampai di perhentian pertama iaitu di Kedai Pokok Getah yang terletak betul-betul di hadapan UniMap (kampus baru) di Pauh. Jarak dari Padang Terap ke sini adalah 55 km.

Tolong menolong tukar tiub basikal yang bocor

Masing-masing nampak ceria walaupun nampak keletihan

Peserta diberikan pisang, tembikai, 100 plus untuk menghilangkan dahaga

Setelah berehat selamat 30 minit, ketuhan diteruskan. laluan yang mencabar sesiapa saja. Dengan keadaan panas terik, laluan melalui 'ladang tebu' memang best....panas kaw-kaw...

Kemudian berhenti semula 're group' di stesen minyak selepas simpang menuju ke kiri jalan (jika ke kanan ke Padang Besar)


Ari, Azreen & Farid masih bertenaga dengan mtb setakat ini

Kemudian kayuhan di teruskan melalui empangan Timah Tasoh untuk makan tengahari di Restoran Tok Mek.

Gambar-gambar Kayuhan

bersambung.....ke Part 2

No comments:

Post a Comment