Followers

Translate

Monday, March 15, 2010

RUN 10 - PERSEDIAAN

13 Mac 2010, sehari sebelum....Perlis Jamboree...@ Ride Up North 2010 masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir sebelum jamboree sebenar. Ahli Perlis MTB Club dan lain-lain yang terlibat menjalankan tugasan yang telah di amanahkan.

Chan NXT memberi ucapan pembukaan.

Kemudian Cikgu Man - menerangkan tugasan masing-masing

Masing-masing memberi perhatian.

Komunikasi - ujian frekuensi dari lokasi-lokasi tertentu oleh pasukan Radio Amatur



Pelbagai tugasan telah dibahagi-bahagikan. Antaranya:
1. Check Point.
- laluan peserta dan akan di tampal stiker pada no plate.
2. Kenderaan
- bantuan kecemasan
- membawa petugas ke lokasi yang telah ditetapkan
- membawa air, pisang dan lain-lain
- dan banyak lagi
3.Komunikasi
- RUN 10 menggunakan radio gelombang pendek untuk melapurkan setiap pergerakan peserta, kemalangan jika ada dan lain-lain.

Sebahagian dari petugas-petugas dan ramai lagi yang hadir





Ciri-ciri Feeding point 1 .

1. Kawasan lapang dan redup
- sesuai untuk peserta yang ramai untuk berhenti melepaskan penat.
2. Selepas up hill
- kebanyakan peserta memperlahankan kelajuan jadi sesuai untuk memberikan air & pisang.
3.17 km dari tempat permulaan
- bekalan air mungkin sudah tinggal separuh digunakan semasa kayuhan
4.Sebelum memasuki kawasan terbuka (panas) & menghampiri Bukit Kandahar
- Bekalan air mesti banyak untuk mengharungi tempat-tempat tersebut.


Aku bersama Abg Salehudin dan dibantu adik-adik dari UiTM di tempat ( Feeding Point 1).



Selepas briefing (taklimat) semua petugas-petugas dihantar ke tempat / lokasi masing-masing untuk mengetahui kedudukan masing-masing supaya besok (14 Mac) mudah untuk memahami tugasan masing-masing.

Kenderaan rasmi semasa RUN 10


Begitulah serba sedikit persediaan bahagian check point, feeding point dan kenderaan. Sebenarnya banyak lagi persedian yang telah dibuat yang telah di buat oleh urusetia yang tidak dipaparkan di sini....sebelum....RUN 10 bermula......

No comments:

Post a Comment