Followers

Translate

Wednesday, March 24, 2010

Padang Terap (Kuala Nerang) To Wang Kelian Ride > Part 2

Perhentian seterusnya adalah di Restoran Tok Mek. Restoran ini terletak di sebelah kanan jalan utama jika datang dari Kangar untuk ke Padang Besar. Jarak kayuhan sehingga di sini adalah 100km dari tempat permulaan.

Shiva & Ari - di depan Restoran Tok Mek


Masing-masing terus ke tempat makan. Perut pun dah lapar. Sampai di sini kira-kira pukul 1230 tengahari. Nasib baik makan dah di sediakan. Apa lagi terus makan.....

Gulai rebung pun ada - menu masakan Utara


Marshal pun kena makan juga



Minum air entah berapa gelas - memang betul-betul dahaga.

Air lengkong pun ada.....


Setelah semuanya selesai menjamu selera, walaupun ada yang mengeluh tiada selera makan kerana badan berpeluh dan keletihan, habis juga hidangan yang disediakan. Terimakasih atas jamuan tersebut kepada sponsor kayuhan ini.

Jika dari Restoran Tok Mek ke Wang Kelian jaraknya cuma 15 km saja, tetapi penganjur memilih jarak yang lebih jauh.

Jadi kami semua perlu berpatah balik ke Kangar iaitu melalui jalan Kaki Bukit ke arah selatan. Ikut sajalah......

Berkayuh dengan bantuan tiupan angin dari arah belakang banyak membantu. Kelajuan dapat ditetapkan antara 28 hingga 30 km/j tanpa masalah.

Sampai di jalan berhadapan Stadium Utama Kangar, kemudian membelok terus melalui jalan dalam melalui 'Jalan Abi' seterusnya terus ke Kaki Bukit sebelum mendaki bukit Wang Kelian.

Berkayuh melawan arah angin cukup mencabar. Ada peserta yang mengalah. Aku teruskan juga kayuhan, tapi kadang-kadang di bantu oleh marshal (tarik la..apa lagi)

Sampai di Kaki Bukit berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menawan bukit Wang Kelian.


Kayuhan berdua-duaan untuk keselamatan




Antara peserta yang menyahut cabaran - dah tinggal kurang separuh


Ambulan di belakang - bersiap sedia



Semua bersemangat untuk menawan puncak Wang kelian


Puas dapat menawan bukit Wang Kelian



Bersiap untuk balik
Setelah semua peserta berjaya melintasi Bukit Wang Kelian dan berkumpul di stesen minyak Caltex. Dari sini kami bergerak dengan kenderaan masing-masing ke destinasi yang telah ditetapkan. Jarak keseluruhan adalah lebih dari 145 km, sepertimana yang telah dirancangkan. Program tidak berakhir di sini sahaja, disusuli pula makan malam di Kuala Perlis - Ikan masak stim, Ikan tiga rasa dan macam-macam lagi.....

Hidangan dah tersedia - menunggu para peserta


Makan malam di Kuala Perlis


Setinggi penghargaan dan ucapan terimakasih dari kami semua riders dari Perlis Power di atas kayuhan ini, terutama kepada penganjur utama iaitu Malakof Bhd.

Sekian.....

Kayuhan Part 1

No comments:

Post a Comment