Followers

Translate

Sunday, April 25, 2010

Satuday Night Ride - Pauh, RUN 10 (Zone B)

Sabtu, 24 April 2010. Seramai 13 peminat mtb telah merelakan diri untuk mengharungi trek RUN 10 (Zone B). Seperti dirancangkan...semua berkumpul dihadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Pauh, Arau.

Setelah semuanya sudah bersedia dengan basikal masing-masing, sebelum kayuhan dimulakan... bacaan doa oleh Chan NXT sebagai pembuka tirai. Kira-kira 9 malam kayuhan bermula.

Menyusuri lebuhraya Changlun - Kuala Perlis sehingga sampai di jejantas untuk melintasi lebuhraya tersebut. Kayuhan offroad pun bermula...masing-masing mengunakan lampu dihadapan dan belakang.

Aku pula tidak terkecuali menggunakan 2 jenis lampu iaitu cat eye dengan 3 led dan mempunyai 2 mode (flashing dan tidak berkelip) manakala satu lagi Ultrafire yang aku beli online melalui internet sehari sebelum kayuhan - mempuyai satu led dan 3 mode (high beam, low beam dan flashing) memang teranggg.....jarak suluhan cahaya hampir 100 meter kehadapan.

Kecerahan lampu amat-amat perlu, terutama bila laluan offroad dimana perlu berhati-hati kerana laluan agak teknikal. Kadang-kadang terdapat ranting-ranting pokok, lubang-lubang dan lebih dikhuatiri bila sang U... melintas di jalan tersebut.

Jadi sekurang-kurangnya lampu perlulah dua dihadapan dan satu lampu merah di belakang. pastikan juga 'holder' untuk lampu di ketatkan sebelum berkayuh untuk elak gangguan lampu terjatuh dsbnya.


Tak banyak gambar dapat diambil semasa kayuhan kerana laluan gelap dan agak berbahaya. Sedar-sedar dah sampai balik...dok layan climbing dan down hill. Rupa-rupanya kayuh malam ni syok la....tak panaih...cuma kena lebih berhati-hati semasa down hill..silap-silap boleh buat 'break dance'.....
Setelah kayuhan tamat semua berkumpul di kedai minuman berhampiran Politeknik untuk membasahi tekak sebelum masing-masing bergerak balik.


Secara keseluruhan masing-masing berpuashati untuk kayuhan ini dan bersedia untuk Kulim Jamboree 2 nanti @ Kayuhan Terang Malam pada 1 Mei nanti. Jika ada silap dan salah, terkasar bahasa mohon maaf le...tq juga yang belanja ayaq untuk malam tu.....sekian....

Lagi gambar....

Lagi mengenai kayuhan ini - BOO RIDER MTB

Tuesday, April 20, 2010

JOM KAYUH MALAM - 24/4/2010 @ 830 MALAM

NOCTURNAL RIDE
(Kayuhan Terang Malam Preparation)


Organizer : NXT MTB
Date : 24 April 2010
Day : Saturday
Time : 8.30 pm
Meeting Point : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin > Entrance Carpark
Route : RUN 10 (Zone B)
Contact : Chan NXT : 012-665 3817

Reminder :
1. HELMET is a MUST!
2. Lighting in tip-top condition

Interested Rider is Most Welcome!.

Monday, April 19, 2010

KAYUHAN 'GELAP GELEMAT'

Kayuhan 'GELAP GELEMAT' - itulah nama kayuhan kali ni. Apa dia 'GELAP GELEMAT' ni?? Bahasa mudahnya...Gelap = Kelam dan Gelemat tu = amat sangat. Tarikh yang dipilih secara kebetulan saja...

Jika mengikut kalendar Hijrah yang ikut peredaran bulan, pada 16 April ni bersamaan dengan 2 Jamadil Awal
(lihat calendar) jadi kecerahan/biasan cahaya matahari yg kena pada bulan sangat la sedikit...sebab tu la kayuhan ni namanya Kayuhan Gelap Gelemat.

Manakala Kulim Jamboree 2 @ Kayuhan Terang Malam pada 1 Mei sangat-sangat sesuai kerana pada tarikh tersebut ' bulan penuh' = 17 Jamadil Awal, sedikit sebanyak dapat membantu 'menyuluh' laluan nanti, itu pun kalau tak hujan. Jadi bersedialah dengan lampu masing-masing....



Dari kiri : Farid, Ari, Azreen, Musyir, Shiva & Anuar Samudi (Nazeri - dlm perjalanan)



Kayuhan dimulakan agak lewat krn menunaikan solat Isyak dulu. Bermula dari Stesen Petronas Jalan Syed Alwi Kangar, menyusuri Titi Chai kemudian menuju ke Changlun. Cuaca baik...walaupun hujan turun lebat pada sebelah petangnya.


Kayuhan pada mulanya pada kelajuan 25 km/j makin bertambah bila masing-masing dah naik minyak...masa ni speedometer pun dah tak nampak...bila sampai di Arau..dengan kelajuan 'maintain' dan melalui di bawah cahaya lampu jalan barulah nampak...30 km/j rupanya. Maksimum speed mencecah 40 km/j...patutla rasa 'debap-debup' saja jantung ni...pakai tayar offroad pulak...jenuh la nak ligan...




Berpatah balik dari Changlun ke Kangaq - masih segar

Berkayuh di malam hari ni best juga. Tak panas. Tapi minum ayaq tu jangan lupa...Amalkan minum setiap 15 minit jika kita melakuan xtvt lasak, utk elak badan dari terhidrasi...infor dari 'ahli sukan'.



Malam tu - ada muka baru. Jaguh marathon - dok pegang peha. Nak krem dah.....


Satu lagi berkayuh malam ni, terutama berkayuh di waktu malam, pastikan mesti ada lampu di depan dan belakang. Depan - cahaya putih, belakang - cahaya merah dan biarkan berkelip-kelip setiap masa. Disamping dapat 'alert' pemandu kereta/motor/lori, ianya juga dapat memanjangkan jangka hayat bateri lampu.



Kayuh malam pun dahaga ooo....

Kayuhan tamat hampir tengah malam. Memang bagus...tapi tak boleh la selalu..subject kepada persetujuan kaum Ibu...nanti ada yang tak leh masuk rumah nanya...kena kunci dari dalam....

Kami bercadang sebelum pi Kayuhan Terang Malam nanti nak kayuh sekali lagi on road dan sekali nak try off road pulak....mungkin Chan NXT buleh anjur..trek di Pauh ka...gena??

Lagi gambar 'Kayuhan Gelap Gelemat'

Di bawah dipaparkan beberapa gambar trek di Kulim Jamboree nanti....pikir la sendiri....malam pulak tu....




Lagi gambar.....fuhh....

Thursday, April 15, 2010

NIGHT RIDE - TITI CHAI TO CHANGLUN

Date : 16/04/2010
Flag Off : 0930pm sharp
Finish : Before 12 pm
Distance : 49km (on road only)
Speed : 20-25 km/h only
Assembly point : Infront of Petronas Station - Jalan Syed Alwi, Kangar.
Bike : MTB, Roadbike, Hybrid, Etc.....
Car parking : Petronas Station - Jalan Syed Alwi.


Note :

1. Ensure front & back light are fully charge @ battery is new.
2.Please bring enough water & food (bread etc)



Everybody are welcome..........



The route :




View Larger Map

Tuesday, April 13, 2010

KAYUHAN HARUMANIS

Sabtu, 10 April. Seramai 9 penunggang mtb telah berkayuh merentasi laluan berbukit dan mini tar menyusuri dusun buah-buahan berhampiran kawasan peranginan Batu Pahat, Perlis. Di sini juga amat terkenal dengan Taman Ular dan Golf Putra.....

Kayuhan yang dirancangkan bermula tepat 8 pagi, lewat 30 minit dari masa yang direncanakan. Kayuhan bermula dari rumah Yusry dan berakhir di tempat yang sama. Mudah dan sesuai untuk meletakkan kenderaan masing-masing di sini kerana kawasan yang luas.


Luas mata memandang - melalui sawah yang menghijau.


Melalui kawasan sawah yang menghijau memberi semangat baru kepada semua peserta. Udara yang nyaman dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata sebenarnya.




Besaqnya buah ni - Kulit hijau dan isinya kuning - itulah identiti HARUMANIS


Tema kayuhan kali ini ialah Kayuhan Harumanis sempena bulan promosi buah mempelam Perlis yang tak asing lagi. Kebetulan pula kawasan kami berkayuh merupakan antara ladang mempelam terbesar di sini yang dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Perlis.


Destinasi pertama kayuhan ini ialah mendaki bukit Wang Angin. Jalannya agak curam dan berbatu kerikil. Ramai penunggang yang menolak basikal pada pendakian pertama. Memerlukan skil yang tinggi kerana tayar hadapan asyik terangkat saja semasa pendakian bermula. Beberapa meter kehadapan barulah dapat berkayuh semula. Ada juga yang dah buat 'terjunam atas tanah' kerana tak sempat cabut kasut clip.


Kira-kira 1 km pendakian sampai lah ke hentian pertama. Bolehlah merehatkan diri sebelum berkayuh lagi.


Hentian pertama - bersih dah cantik


Sebelum peluh kering kayuhan diteruskan. Mendaki lagi. Jersi yang dipakai dah basah lencun dibasahi peluh jantan. Dah ramai yang menolak termasuk aku. Bila cerunan dah agak melandai, kayuh semula.

Begitulah seterusnya hingga sampai di hentian ke dua, tapi lebih banyak berkayuh dari menolak saja kali ini.


Hentian kedua di Wang Angin - sempadan Siam beberapa meter saja dari sini




Dari kiri : Musyir, Yusry, Adik Wan, Azreen, Hj Nik, Farid, Nazeri & Hj Adam

Sampai di sini kayuhan tidak dapat diteruskan lagi kerana jalan banyak yang rosak teruk, akibat dari hakisan tanah dan hujan pun kerap turun sejak akhir-akhir ini.


Kayuhan berpatah balik mengikuti jalan yang mendaki sebelum ini membuatkan msing-masing tersenyum. Tak perlu berkayuh....cuma kawal brek dan betulkan tayar mengikut haluan.


Semua selamat sampai di kaki bukit tetapi ada juga yang terbabas semasa downhill dan sakitnya masih terasa sampai ke hari ini.


Kayuhan di teruskan melalui kawasan Wang Nordin pula. Juga mendaki. tetapi melalui jalan mini tar, masing-masing merasa sedikit lega.




Wakaf tempat berehat disediakan

Kayuhan tamat tepat pukul 12 tengahari dan masing-masing bergerak ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada sponsor makanan dan minuman untuk kayuhan ini. Moga murah rezeki dan di berkatiNya.


Jus & Puluit Harumanis - memang best.....



Harumanis ada di jual di gerai-gerai di tepi jalan menuju ke Taman Ular, Batu Pahat, Perlis.



Lagi gambar Kayuhan Harumanis di Facebook

Friday, April 9, 2010

OFF ROAD & TARMAC DI WANG ANGIN + WANG NORDIN, KANGAR, PERLIS.

Tarikh : 10/4/2010
Tempat : Wang Angin + Batu Pahat + Wang Nordin + Jalan Abi, Kangar, Perlis.
Mula : 0845 pagi
Tamat : 1200 tengahari
Jarak : 25 km
Format : Off road + tarmac

Minuman + makanan: Sendiri

Peserta : Hj Nik, Hj Adam, Ari, Nazeri, Farid, Azreen, Yusry, Musyir & Adik Wan

XTVT kayuhan akan di update nanti..tunggu.....

Lokasi tempat permulaan & tamat:

View Larger Map



Sedikit persediaan untuk kayuhan ini, dengan buat service + setting balik RD & pasang rantai baru kerana rantai lama terputus semasa 'Kayuhan Jejak Kasih' tempohari.




Setting untuk memilih gear pergerakan yang betul........


Pergerakan shifter dan pemilihan gear yang betul perlu terutama semasa mendaki nanti. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar....



Kerja-kerja pembaikan


Clip video semasa kayuhan tahun lepas....saksikanlah.....




Semua di jemput hadir untuk kayuhan ini. Jumpa di sana.....





Thursday, April 8, 2010

SUATU PETANG DI 'KAMPUNG WAI'

Sempena menyambut kelahiran 'Perlis Power' yang ke 7, satu sesi kayuhan ke kampung Wai, Kuala Perlis telah dilaksanakan.

Seramai 11 peserta, termasuklah dari Alstom turut serta dalam kayuhan ini. Bermula di perkarangan UNIMAP, Kuala Perlis dan berakhir di tempat yang sama.


Dari kiri : Andak, Chamnan, Shiva, Hj Nik, Yusri, Musyir, Nazeri, Farid, Azreen, Stephen + Ari

Jarak kayuhan cuma 18 km menyusuri jalan mini tar pada mulanya dan penghujungnya adalah sedikit mendaki. Laluan tersebut amat bagus kerana munguji tahap fizikal & mental para peserta.

Juga tiada bahaya di jalanraya kerana bukannya berkayuh di jalan utama, cuma kadang-kadang bertembung dengan pemilik dusun buah-buahan yang menaiki motorsikal. Mungkin semasa musimnya nanti tentu kayuhan lebih menarik, selepas berkayuh boleh merasa durian, rambutan dll di sini.

Berehat sebentar...ambil nafas...
Udara nyaman di sini amat baik untuk kesihatan. Tiada pencemaran langsung. Cuma penat kerana berkayuh. Degupan jantung boleh mencapai tahap maksimum dan cara penafasan perlu di jaga terutama di akhir pendakian kerana berkecerunan tinggi. Semua peserta dapat menghabiskan laluan ini dengan selamat.


Menuruni bukit - perlu berhati-hati

Selesai kayuhan semua membasahkan tekak dengan menu biasa pisang & 100 plus. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan antara staff semua.

Selesai kayuhan - pisang & 100 plus jadi santapan


Bersiap sedia untuk berkayuh balik

Kayuhan berakhir kira-kira 7 petang setelah berkayuh selama 1 jam 30 minit dan semua bersurai sebelum hujan lebat turun dengan lebatnya.

Tuesday, April 6, 2010

KAYUHAN JEJAK KASIH

Sabtu, 3 April 2010 - Seramai 11 pengayuh mtb berkumpul di hadapan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin untuk kayuhan di pagi Sabtu. Cuaca yang baik pagi ini seolah-olah mengalu-alukan semua peserta hari ini.
Kayuhan yang digelar 'Kayuhan Teh Tarik Pulut Ayam' terpaksa diubah kerana beberapa sebab:
1. Tiada menu teh tarik & pulut ayam - sebab nak diet la sikit. Jika berkayuh dan lepas tu makan pulak makanan yang agak tinggi kandungan kolestrol alamatnya makin bertambah 'sihat' la badan masing-masing.

2. Antara peserta yang hadir untuk kayuhan kali ni adalah ex-perlis power yang sekarang ni bekerja di timur tengah dan ada peserta dari Putrajaya iaitu Abu Omar yang berkayuh bersama-sama ke Satun, Thailand datang berkayuh pada hari ini.
Jadinya ditukarlah ke 'Kayuhan Jejak Kasih'.




Kibaran bendera negeri Perlis seolah-olah mengalu-alukan kedatangan peserta.




Setelah semua berkumpul. Kayuhan bermula kira-kira jam 830 pagi, lewat 30 minit dari perancangan awal. Kayuhan di ketuai oleh abang Ron. Menyusuri sebahagian laluan RUN10.


Abg Ron - berjersi kuning & merida merah


Disebabkan ada antara yang hadir masih baru, laluan yang dipilih adalah sederhana sahaja. Tetapi betulkah sederhana?

Menyusuri laluan yang agak basah menyebabkan 'tanah melekat' di tayar basikal masing-masing. Berkayuh sehingga lah hampir feeding point 1 dan ikut jalan sebelah kiri. Mulai dari sini sedikit mendaki. Setakat ini masing-masing masih kuat. Tapi peluh dah membasahi jersi.



Laluan ini merupakan laluan alternatif semasa RUN10. Agak tinggi mendaki dan jaraknya hampir 3km. Semasa melalui kawasan ini 2 peserta melakukan aksi 'stuntman' bila kedua-dua tayar basikal terangkat ke atas. Alhamdulillah tiada kecederaan serius.


Berkumpul sebelum meneruskan kayuhan...

Rupa-rupanya laluan ini agak teruk dan mencabar dari laluan semasa RUN10 tempohari kerana banyak mendaki dan banyak batu pulak.

Giliran aku pula semasa mendaki...tus...rantai basikal aku putus. dengan pertolongan kawan-kawan dapatlah rantai disambung semula. jadi basikal ku dah jadi single speed.



Pakat tolong sambung rantai - lepas ni nak kena 'upgrade'


Aku terpaksa berkayuh berpatah balik dan hajat untuk mendaki lagi terpaksa dibatalkan. Peserta yang lain meneruskan cabaran.

Mendaki....

Di atas bukit pertama sebelum 'downhill'


Hj Adam & Yus tersenyum puas - melayan trail ni




Musyir merasmikan MTB barunya di kayuhan ini dan juga membuat terjunan pertama di atas darat....

Semua peserta selamat sampai di tempat permulaan kira-kira pukul 1130 pagi. Semua tersenyun kerana dapat menghabiskan kayuhan ini seterusnya dapat minum pagi + makan tengahari sekali.


Minum air berapa gelas bang....

Secara keseluruhan kayuhan baik, laluan yang di pilih sesuai untuk pengayuh pemulaan dan pertengahan. Tahniah kepada semua peserta.

Lagi gambar 'Kayuhan Jejak Kasih' dalam 'Perlis Power Facebook'.

Thursday, April 1, 2010

ALSTOM & GET >>>RELAY IS BACK

The annual event between GET (Global E-Technic Sdn. Bhd) and Alstom is back. This year, 8 team take the challenge. Total 40 participants for this year.






All together - 8 Team


The rule for the race......






The bicycle that use in the race / relay





Admin Team


Operation Team A



EC & I Team


Operation Team B




The Thropy




The leading team



need to run faster - Alstom team (Chamnan)




Hj Nik Also participate



Last check point - in front of Perlis Power Plant


Before the race start



From Operation Dept to Elwyn




From Operation Dept to Rizal



From GET to Elwyn



From Alstom to Elwyn


From GET to Rizal


From Alstom to Rizal





The best menu : 'kambing bakar'

Makan-makan



Makan-makan




Makan-makan




3rd runner up


2nd runner up





The 'Winner' for 2010


Congratulations.....