Followers

Translate

Tuesday, February 9, 2010

FIRST DAY IN LANGKAWI (TUBA ISLAND)

Misi kayuhan..bermula sebaik sahaja kami mendarat di jeti di Pulau Tuba.



Dengan beg pakaian yang agak berat...kami perlu mendaki bukit...untuk ke tempat bermalam. Jeti asal yang terletak berhampiran chalet khabarnya rosak di pukul ribut. Tapi dengan semangat membara misi kayuhan perlu di teruskan.


Sampai di chalet di Pulau Tuba hampir pukul 2 petang. Chalet tersebut yang dibina di atas permukaan air laut dan bila air pasang..maka penuhlah air laut di bawah chalet nanti. Setiap bilik dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, kipas, tandas + bilik air dan katil saiz kelamin. Selepas solat zohor kami berkumpul di hadapan chalet semula.


Ada yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sekejap. Memang seronok...di tiup bayu laut..sambil berbaring di atas tilam sambil melayan badan yang agak keletihan..mungkin selepas berenang di tasik dayang bunting pada sebelah pagi.

Azam sebagai ketua kayuhan mengemukakan cadangan, "Kita pi onroad dan offroad, kita kayuh sampai kelam". Biar betul....ikut sajalah.


Setiap jalan minitar di Pulau Tuba...diterokai.



Masuk ke jalan off road...melintasi batu-batu kerikil...membuat setiap rider lebih bersemangat..

Kadang-kadang perlu melakukan brek kecemasan bila dah terlalu hampir dengan curam yang tinggi...menanti di bawah...bebatuan yang pejal....

Jika sesiapa bercadang untuk bemalam di sini, kemudahan asas tak jadi masalah. Kedai runcit, kedai makan, surau, masjid...boleh dikatakan mudah untuk mendapatkannya.



Azreen dgn post istimewa....





Hj Nik bergambar di puncak bukit dari Pulau Dayang Bunting ke Pulau Tuba...







Ari..nampak macam rilek...tapi mendaki bukit ini boleh menaikkan degupan jantung ke tahap maksimum....

Singgah sebentar menikmati 'Cendol ais' sebelum meneruskan perjalanan.



Setelah lebih 2 jam berkayuh di Pulau Tuba, kami melintasi jambatan ke Pulau Dayang Bunting. Jambatan yang di bina kira-kira 3 tahun lepas adalah untuk memudahkan pergerakan penduduk kampung di Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting






Singgah sebentar solat Asar di masjid di sini. Berhampiran dengan sekolah.


Lepas tu terus berkayuh bermula dengan minitar dan jalan menyusuri kebun getah. Keadaan cuaca yang agak redup dan berkayuh di bawah rimbunan pohon getah banyak membantu untuk terus berkayuh. Jalan menyusuri kebun getah ini merupakan jalan menuju check point yang mempunyai markah tertinggi (semasa pertandingan) jika dapat sampai di puncak bukit.





Jalan yang pada mulanya agak senang didaki..mula nampak perit....Walaupun meletakkan gear yang paling ringan...cara mendaki yang betul diperlukan. tayar depan basikal kadang-kadang terangkat ke atas...kami teruskan juga kayuhan. Matlamat untuk sampai ke kemuncak hampir pasti. Walaupun suasana jalan ni dah agak samar-samar...perlu berhati-hati.

Dua kali aku tersungkur semasa uphill, alhamdulillah tiada kecederaan yang serius. Dengan pakaian lengkap seperti helmet, sarung tangan...ianya banyak membantu. Akhirnya berjaya juga sampai ke kemuncak.


Pandangan dari laut...bukit di Pulau Dayang Bunting. Tak la tinggi sangat...tapi cukup untuk menggegarkan jantung ke tahap maksimum. Kami tak berehat panjang...kerana tirai malam pun semakin melabuh. menuruni bukit dengan cahaya yang samar-samar memang mencabar. Sedikit lalai atau tersalah pilih kawasan untuk memacu tayar hadapan memang mengundang padah.

Selamat sampai di masjid...dan bersolat dulu...sebelum meneruskan perjalanan ke chalet. Memang puas berkayuh...dan sedikit tenaga di simpan untuk kayuhan esok ke Gunung Raya.


Sampai di chalet...makanan sudah disajikan. .kerana tempahan untuk makan malam dah di buat awal-awal lagi...

Makan malam di sponsor bos. Tq banyak-banyak, muga murah rezeki.
Semua makanan habis...alhamdulillah.

Rancangan untuk memancing dengan joran yang masih berbau kedai terpaksa ditunda kerana nak angkat mata pun dah tak larat.


Keesokan harinya awal-awal lagi dah bersedia untuk meneruskan xtvt seterusnya.


Terimakasih kepada adik Azwa (mengurus chalet di Pulau Tuba) yang tolong ambik gambar kami..

Sarapan dulu di kedai makan di Pulau Tuba yang terletak beberapa meter saja dari chalet. Nasi minyak dengan ayam masak merah...fuh sedap....





Kemudian kami bersiap dan berkayuh ke jeti...melalui jalan yang sama kelmarin...mendaki lagi..tapi kali ini nampaknya semua dah mangli..dengan bukit tersebut..







Bot dah sedia menanti kami...seperti yang telah dijanjikan. Tepat jam 09:00 pagi bergerak dari Pulau Tuba ke Kuah, Langkawi.


Gambar di bawah ialah Haji Idris atau lebih dikenali dengan Andak.
Hampir keseluruhan gambar-gambar di Langkawi adalah hasil usaha beliau...terima kasih.....




Menawan Gunung Raya ...harapan kami seterusnya....

1 comment: