Feri di jadualkan bertolak pada pukul 08:00 pagi nanti. Jeti Kuala Perlis penuh sesak. Kebetulan pada hari Jumaat adalah hari kelepasan (Hari Thaipusam)...masing-masing ambil peluang untuk membawa keluarga ke Pulau Langkawi.
Setelah kesemua 6 orang peserta sampai iaitu Hj Nik, Andak, Buyen, Nazeri, Elwyn & aku , terus beratur di balai berlepas. Tiket feri dah beli awal-awal lagi...petang kelmarin. Biasanya tiket hanya di jual pada hari berlepas juga. Azam & Din bertolak dari Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi. Jadinya 8 orang kesemuanya.
Mungkin untuk mengelakkan kesibukan maka tiket di jual awal sehari. Dewasa dikenakan caj RM18 dan basikal RM10. Tetapi awas tak semestinya dah beli tiket basikal anda di benarkan membawa basikal....ianya tertakluk kepada kebenaran dari Jabatan Laut. Jadi tulislah surat dulu kepada jabatan laut meminta kebenaran dari mereka & juga dari pihak pegurusan feri kerana tak semua feri membawa basikal @ kargo. Bila dah dapat kebenaran barulah dapat memuatkan basikal ke dalam feri.
Pada hari yang sama geng mtb dari Perak + Perlis mai juga....depa akan berkayuh pusing Pulau Langkawi.
Elwyn... 2 dari kanan bersama-sama dengan riders dari Perak + Perlis
Pada mulanya ada masalah dengan jabatan laut untuk memuatkan basikal ni...tapi akhirnya dapat juga kami naik feri bersama-sama.
Feri yang dijadualkan bergerak pada pukul 08:00pagi dah jadi 08:45pagi...
Sampai di Kuah, Langkawi pada pukul 09:45 pagi. 2 kumpulan tadi iaitu Perlis Power MTB Club & riders dari Perak + Perlis, mengambil haluan masing-masing. Depa pi pusing Langkawi...kami pi tang lain...tapi esok mai balik ke Langkawi untuk cabaran menawan Gunung Raya.
Destinasi pertama ialah ke Tasik Dayang Bunting. Tapi bukan pi berkayuh.....kami kesana untuk mandi dan beriadah. Setelah...tawar menawar tambang dengan pengusaha bot...dan masing-masing setuju...jadi kami pun menaiki speed bot ke sana.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 45 minit dari jeti di Kuah ke Tasik Dayang Bunting tidak lah memenatkan...menghirup bayu laut...dan menikmati keindahan pulau-pulau di sekeliling Langkawi mengatasi segalanya...
Kira-kira pukul 11 pagi sampai di Tasik Dayang Bunting....basikal ditinggalkan di dalam bot.
Abang Shidi...nama pemandu bot yang bawa mai ke sini....
Turun ke pantai / jeti pulau Dayang Bunting dan berjalan ke Tasik. tak jauh...cuma kira-kira 100 meter dari pantai. sedikit mendaki......
dan menuruni tangga.
Bersih....pelbagai kemudahan ada. tandas...surau...kedai cenderahati...tempat menyewa jaket keselamatan..dan lain-lain lagi...
Massage percuma pun ada...bila kita hulurkan kaki di dalam tasik...beratus-ratus ekor keli...datang membelai kaki...upah la sikit..dengan keropok..kat ikan tu...geliiii ooo...
Apa lagi....sampai saja di tasik...terus sewa 'life jaket'...bloommm...terus terjun...hampir 2 jam juga berenang dan berendam....
Bila dah kecut.. dan beberapa kali terminum air tasik....
kami bergegas ke Pulau Tuba..dengan menaiki bot yang sama. Caj / sewa bot hampir RM 300 juga untuk perjalanan pergi dan balik ke Tasik ni dari Kuah...
Berkayuh di Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting....selepas ini....
kalau nak ke langkawi di lain hari sudi2 lah call kawan2 dibumi mahsuri ni bolehlah kami beri info2 yg menarik utk dilawati...
ReplyDeleteterima kasih atas keperihatinan dari sahabat-sahabat dari langkawi...tak sempat nak call...jika ada ada acara menarik di sana...habak mai la no...
ReplyDelete