Followers

Translate

Monday, April 1, 2013

ANNUAL RELAY 2013

1-April; Acara tahunan iaitu "Alstom Relay" muncul lagi. Tahun ini, sempena "OSH MONTH" - (Occupational Safety and Health Month) acara tersebut dianjurkan semula. Piala pusingan sumbangan ex-Station Manager Power Plant dari Alstom iaitu Paul Harriman menjadi rebutan. Hadiah wang tunai hampir seribu ringgit menjadi hadiah sampingan.

Membuat persediaan awal - COO & GM turut hadir untuk memberi sokongan
 Seawal 8 pagi semua peserta berkumpul di bangunan pentadbiran. Penerangan ringkas diberikan oleh En Mat Zahid (Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Perlis Power Plant)tentang undang-undang pertandingan . Warm up / senaman regangan diketuai En Saiful dilakukan untuk memastikan peserta bersedia untuk berlumba nanti.

5 leader - bersedia di tempat  permulaan
 Tahun ini sebanyak 5 pasukan yang mengambil bahagian. Iaitulah dari Admin, Mechanical, Operation, Alstom dan Astranet.

Setiap pasukan terdiri dari 5 peserta. Terdapat 4 check point disepanjang laluan dimana "baton" akan bertukar tangan untuk membolehkan peserta berikut mula berlari / berbasikal. Johan pula akan ditentukan bilamana semua peserta termasuk "baton" dan basikal sampai digarisan penamat.


Operation Team
Winner > MEKANIKAL- dari kiri : Farid, Faizal, Nazeri, Saiful & Ahmad

2nd > ALSTOM - dari kiri : Mat Zahid, Zul, Syed, Chamnan & Mark

3rd > OPERATION - dari kiri Mazaini, Ari, Zain, Fitri & Azali



Baton - berupa kad

No comments:

Post a Comment