Followers

Translate

Friday, June 3, 2011

THE GREEN RIDE - PERLIS


THE GREEN RIDE - itulah tema yang dipilih untuk kayuhan basikal lasak yang akan berlangsung pada 4 Jun 2011 nanti. Kayuhan ini adalah sempena ulang tahun hari keputeraan ke 68 DYMM Tuanku Raja Perlis. Penganjur utama iaitu Jabatan Perhutanan Perlis dengan sokongan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri Perlis sendiri memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan acara ini.

Kelab Basikal Lasak Perlis atau lebih dikenali sebagai Perlis MTB Club dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan membuat perancangan kayuhan ini.

AJK Perlis MTB Club - memeriksa senarai peserta The Green Ride untuk agihan plate no dan jersi

Pada hari ini iaitu Jumaat 3 Jun, no plate dan jersi telah diedarkan kepada sebahagian besar peserta yang akan mengambil bahagian dalam kayuhan ini di Komplek Basikal Lasak bertempat di Bukit Ayer, Batu Pahat. Dijangkakan lebih dari 450 peserta yang akan mengambil bahagian. Ini merupakan jumlah yang agak ramai kerana pada permulaannya dianggarkan cuma 300 peserta yang akan mengambil bahagian.

Kompleks Basikal Lasak, Perlis

Lebih membanggakan lagi, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin iaitu Raja Muda Perlis mencemar duli untuk sama-sama berkayuh pada hari tersebut. Ketua-ketua jabatan dan lain-lain VVIP serta VIP juga akan turut serta semasa kayuhan ini. Kelab-kelab basikal lasak dan peserta individu dari pelbagai negeri juga akan turut sama berkayuh pada hari tersebut.


Di sini tempat pelepasan peserta mula dan tamat

Semasa kayuhan nanti para peserta akan diberi peluang untuk menanam pokok-pokok yang telah disediakan di sepanjang laluan kayuhan. Ini juga adalah sebahagian dari acara kayuhan ini, untuk menghijaukan bumi kita.

Manakala untuk minuman semasa kayuhan penganjur tidak akan mengedarkan botol-botol air mineral yang mana selalu dipraktikkan oleh jamboree basikal lasak, tetapi sebaliknya peserta akan menggunakan botol air /beg air mereka sendiri untuk mengisi air nanti. Sebagaimana kita maklum botol-botol plastik ini akan mengambil masa beratus tahun untuk dilupuskan / mereput.

Cintailah Bumi Kita.

Selamat berkayuh di " The Green Ride" 2011 - Perlis.

Makluman ;

1. Aturcara majlis
2. Senarai peserta

ari@perlispower

No comments:

Post a Comment