Seawal pagi selepas bersarapan di Seriab, semua peserta ekpedesi ini bergerak ke Wang Kelian, yang terletak bersempadan Perlis dan Thailand. Bertolak dari Seriab kira-kira pukul 9 pagi dan sampai di hutan rekreasi kira-kira 10 pagi.
sarapan di Seriab
Sepatutnya aku turut serta dalam ekpedesi ini, tetapi sejak dua hari yang lepas..badan tak berapa sihat..terpaksalah menarik diri. Semoga ekpedesi ini berjaya hendakNya.
Selepas mengambil barang-barang keperluan masing-masing, antaranya minuman, makan ringan, headlamp (lampu di kepala), kamera & handphone para peserta mendengar taklimat dari pemandu (guide) iaitu Abang Ron tentang perjalanan yang akan ditempuhi kelak.
En Rohani @ Abg Ron - Penasihat dan penunjuk arah ekpedesi ini
Di dalam perjalanan para peserta dapat menikmati keindahan alam dan fauna. Memang kelihatan masih terpelihara hutan-hutan di sini. Kita haruslah memelihara khazanah hutan kita untuk generasi akan datang.
Berjalan @ traking dalam hutan hendaklah dalam kumpulan
Tempat untuk berehat yang cantik dan sesuai juga disediakan di sepanjang perjalanan. Jadi dapatlah peserta merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan.
Dah tak jauh 100 meter lagi..
Sampai di pintu gua Wang Burma, masing-masing berehat dulu. Lampu suluh samada yang akan diletakkan di kepala, yang dipegang dengan tangan dikeluarkan dari beg masing-masing. Apa yang menarik di sini adalah keunikan lampu suluh abang Ron yang menggunakan gas 'kabait' sebagai bahan bakarnya. Sangat terang dan praktikal.
Di depan pintu Gua Wang Burma
Perjalanan diteruskan ke dalam gua. Suasana nyaman dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...dapat menenangkan jiwa. Masih bersih dan terjaga. Pelantar dibina di sini untuk memudahkan pencinta alam menikmati keindahan gua.
Penerangan tentang sejarah Gua Wang Burma
Memang unik
Semoga khazanah yang tidak ternilai ini dapat sama-sama dipelihara. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.
Jangan pegang-pegang, pandang-pandang ja
Lagi panorama di dalam gua
Rilek sini sat
Ooo macam tu..
Memang menarik dan tertarik
Perjalanan diteruskan lagi kekawasan lain pula di dalam gua. Semakin sempit dan semakin sukar. Perlu merangkak, berjalan itik la pulak kali ni untuk bergerak ke satu-satu tempat. Walaubagaimanapun ini tidak melemahkan semangat peserta ekpedesi. Semangat ingin tahu mengatasi segalanya.
Merangkak baru buleh lepaih..nasib baik la perut dok slim lagi...
Aksi kuak lentang - satu lagi cara nak menembusi gua ini ke bahagian lain.
Boleh tiru gaya ni - kalau nak lepas..
Kalau perut dah naik tu - kena la ikut macam ni, baru boleh lolos..
Ada lagi ke nak kena merangkak ni??
Masuk ikut kaki dulu no..
Setelah berpenat lelah menjejaki gua Wang Burma 1, peserta bergerak pula ke gua Burma 2. Agak berair dan basah. Untuk pengetahuan semua, gua Wang Burma 1 dan 2 adalah terletak bersebelahan. Cuma kedudukannya sahaja yang berbeza, satu di atas dan dua di bawah. Tapi kedua-duanya perlu diterokai jika anda ke sini.
Arahan yang tertera perlu dipatuhi.
Bergerak keluar dari kawsan gua wang Burma
Masing-masing puas hati dengan ekpedesi ini. Setiap pengunjung yang berhajat untuk datang ke sini perlulah menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Perlis dan setiap kumpulan perlu diiringi oleh pengiring yang bertauliah seperti Abg Ron yang berpengalaman dan tahu selok belok gua tersebut dan kawasan hutan sekitarnya.
Pasar Wang kelian
Pelbagai barangan keperluan harian dijual di sini.
Sebelum pulang peserta singgah dulu di pasar sehari Wang Kelian yang diadakan setiap hari Ahad untuk makan tengahari dan membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Tahniah kepada semua peserta yang menamatkan ekpedisi ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih kepada Abg Ron yang bersama-sama melayan karenah kami semasa ekpedesi ini. Salah silap harap dimaafi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment