Followers

Translate

Friday, June 3, 2011

THE GREEN RIDE - PERLIS


THE GREEN RIDE - itulah tema yang dipilih untuk kayuhan basikal lasak yang akan berlangsung pada 4 Jun 2011 nanti. Kayuhan ini adalah sempena ulang tahun hari keputeraan ke 68 DYMM Tuanku Raja Perlis. Penganjur utama iaitu Jabatan Perhutanan Perlis dengan sokongan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri Perlis sendiri memberi sepenuh komitmen untuk menjayakan acara ini.

Kelab Basikal Lasak Perlis atau lebih dikenali sebagai Perlis MTB Club dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan membuat perancangan kayuhan ini.

AJK Perlis MTB Club - memeriksa senarai peserta The Green Ride untuk agihan plate no dan jersi

Pada hari ini iaitu Jumaat 3 Jun, no plate dan jersi telah diedarkan kepada sebahagian besar peserta yang akan mengambil bahagian dalam kayuhan ini di Komplek Basikal Lasak bertempat di Bukit Ayer, Batu Pahat. Dijangkakan lebih dari 450 peserta yang akan mengambil bahagian. Ini merupakan jumlah yang agak ramai kerana pada permulaannya dianggarkan cuma 300 peserta yang akan mengambil bahagian.

Kompleks Basikal Lasak, Perlis

Lebih membanggakan lagi, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin iaitu Raja Muda Perlis mencemar duli untuk sama-sama berkayuh pada hari tersebut. Ketua-ketua jabatan dan lain-lain VVIP serta VIP juga akan turut serta semasa kayuhan ini. Kelab-kelab basikal lasak dan peserta individu dari pelbagai negeri juga akan turut sama berkayuh pada hari tersebut.


Di sini tempat pelepasan peserta mula dan tamat

Semasa kayuhan nanti para peserta akan diberi peluang untuk menanam pokok-pokok yang telah disediakan di sepanjang laluan kayuhan. Ini juga adalah sebahagian dari acara kayuhan ini, untuk menghijaukan bumi kita.

Manakala untuk minuman semasa kayuhan penganjur tidak akan mengedarkan botol-botol air mineral yang mana selalu dipraktikkan oleh jamboree basikal lasak, tetapi sebaliknya peserta akan menggunakan botol air /beg air mereka sendiri untuk mengisi air nanti. Sebagaimana kita maklum botol-botol plastik ini akan mengambil masa beratus tahun untuk dilupuskan / mereput.

Cintailah Bumi Kita.

Selamat berkayuh di " The Green Ride" 2011 - Perlis.

Makluman ;

1. Aturcara majlis
2. Senarai peserta

ari@perlispower

Sunday, May 29, 2011

Menjejaki Gua Wang Burma, Perlis

Pada 22 Mei yang lalu, di hujung minggu...untuk mengisi masa lapang. Seramai 9 orang dari kelompok staff Perlis Power Plant telah mengikuti satu ekpedisi ke Gua Wang Burma yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Kangar, Perlis.


Seawal pagi selepas bersarapan di Seriab, semua peserta ekpedesi ini bergerak ke Wang Kelian, yang terletak bersempadan Perlis dan Thailand. Bertolak dari Seriab kira-kira pukul 9 pagi dan sampai di hutan rekreasi kira-kira 10 pagi.
sarapan di Seriab

Sepatutnya aku turut serta dalam ekpedesi ini, tetapi sejak dua hari yang lepas..badan tak berapa sihat..terpaksalah menarik diri. Semoga ekpedesi ini berjaya hendakNya.


Selepas mengambil barang-barang keperluan masing-masing, antaranya minuman, makan ringan, headlamp (lampu di kepala), kamera & handphone para peserta mendengar taklimat dari pemandu (guide) iaitu Abang Ron tentang perjalanan yang akan ditempuhi kelak.

En Rohani @ Abg Ron - Penasihat dan penunjuk arah ekpedesi ini
Di dalam perjalanan para peserta dapat menikmati keindahan alam dan fauna. Memang kelihatan masih terpelihara hutan-hutan di sini. Kita haruslah memelihara khazanah hutan kita untuk generasi akan datang.

Berjalan @ traking dalam hutan hendaklah dalam kumpulan

Tempat untuk berehat yang cantik dan sesuai juga disediakan di sepanjang perjalanan. Jadi dapatlah peserta merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan.

Dah tak jauh 100 meter lagi..

Sampai di pintu gua Wang Burma, masing-masing berehat dulu. Lampu suluh samada yang akan diletakkan di kepala, yang dipegang dengan tangan dikeluarkan dari beg masing-masing. Apa yang menarik di sini adalah keunikan lampu suluh abang Ron yang menggunakan gas 'kabait' sebagai bahan bakarnya. Sangat terang dan praktikal.

Di depan pintu Gua Wang Burma

Perjalanan diteruskan ke dalam gua. Suasana nyaman dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...dapat menenangkan jiwa. Masih bersih dan terjaga. Pelantar dibina di sini untuk memudahkan pencinta alam menikmati keindahan gua. 

Penerangan tentang sejarah Gua Wang Burma

Memang unik
Semoga khazanah yang tidak ternilai ini dapat sama-sama dipelihara. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Jangan pegang-pegang, pandang-pandang ja


Lagi panorama di dalam gua

Rilek sini sat

Ooo macam tu..

Memang menarik dan tertarik

Perjalanan diteruskan lagi kekawasan lain pula di dalam gua. Semakin sempit dan semakin sukar. Perlu merangkak, berjalan itik la pulak kali ni untuk bergerak ke satu-satu tempat. Walaubagaimanapun ini tidak melemahkan semangat peserta ekpedesi. Semangat ingin tahu mengatasi segalanya.
Merangkak baru buleh lepaih..nasib baik la perut dok slim lagi...

Aksi kuak lentang - satu lagi cara nak menembusi gua ini ke bahagian lain.

Boleh tiru gaya ni - kalau nak lepas..

Kalau perut dah naik tu - kena la ikut macam ni, baru boleh lolos..

 

Ada lagi ke nak kena merangkak ni??

Masuk ikut kaki dulu no..

Setelah berpenat lelah menjejaki gua Wang Burma 1, peserta bergerak pula ke gua Burma 2. Agak berair dan basah. Untuk pengetahuan semua, gua Wang Burma 1 dan 2 adalah terletak bersebelahan. Cuma kedudukannya sahaja yang berbeza, satu di atas dan dua di bawah. Tapi kedua-duanya perlu diterokai jika anda ke sini.


Arahan yang tertera perlu dipatuhi.

Bergerak keluar dari kawsan gua wang Burma

Masing-masing  puas hati dengan ekpedesi ini. Setiap pengunjung yang berhajat untuk datang ke sini perlulah menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Perlis dan setiap kumpulan perlu diiringi oleh pengiring yang bertauliah seperti Abg Ron yang berpengalaman dan tahu selok belok gua tersebut dan kawasan hutan sekitarnya.

Pasar Wang kelian

Pelbagai barangan keperluan harian dijual di sini.


Sebelum pulang peserta singgah dulu di pasar sehari Wang Kelian yang diadakan setiap hari Ahad untuk makan tengahari dan membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Tahniah kepada semua peserta yang menamatkan ekpedisi ini dengan jayanya.  

Ribuan terima kasih kepada Abg Ron yang bersama-sama melayan karenah kami semasa ekpedesi ini. Salah silap harap dimaafi.

Sekian.

Tuesday, May 17, 2011

Malakoff Charity Ride 2011 - part 5

hari ke tiga kayuhan berakhir di KL Central. Tahniah kepada semua peserta....









Malakoff Charity Ride 2011 - part 4

Hari kedua kayuhan.








Malakoff Charity Ride 2011 - part 3

Hari pertama kayuhan adalah bermula dari Lumut, Perak ke Kuala kangsar, Perak.