Followers

Translate

Thursday, October 7, 2010

Ekpedesi Gunung Kinabalu Part 3

Akhirnya kami sampai juga ke LABAN RATA iaitu tempat menginap sebelum naik ke puncak Kinabalu. Sejuk tok sah cerita la...kira-kira 8 degc saja. Kebetulan pula pada hari tu bekalan elektirk ada masalah pula..jadi pemanas air tak dapat nak digunakan; mandi 'ais' la kami hari tu.


Tempat penginapan yang selesa

Makanan yang disediakan di sini boleh dikatakan ok.. sangat. Almaklumlah bukan senang nak bawa bahan-bahan mentah untuk dimasak. Kesian juga tengok para 'pekerja' yang ambil upah bawa tong gas ke sini yang berat hampir 50 kg tu. Nak buat cam na...cari makan.

Memang cantik!!

Seawal pagi kira-kira jam 1 pagi, semua peserta dah bersedia untuk meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu. Tunggu punya tunggu hujan tak mau berhenti lagi. Jam pun dah menunjukkan jam 4 pagi. Ada desas-desus menyatakan semua peserta tak dapat naik ke puncak hari ni kerana laluan dah jadi macam sungai. Jika nak naik juga dan berlaku apa-apa kemalangan, tanggung sendiri.


Bersiap sedia untuk ke puncak - pukul 1 pagi waktu tempatan

Kami tunggu lagi....memang sah tak dapat naik. Memang tak dak rezeki la. Semua masuk tidur balik. Dah pun masuk subuh pada pukul 5 pagi. Lepas solat, masing-masing tarik selimut. Untuk tidak menghampakan kami naik juga sehingga pintu masuk untuk ke puncak iaitu Gunting Lagadan, sampai tang ni pun jadilah. Lepas bergambar kami pun turun ke kaki gunung kerana perlu check out dari Laban Rata sebelum 10 pagi.

Dah turun ke kaki gunung

Menuruni gunung memang nampak mudah, tetapi memerlukan teknik yang betul. Kasut yang berkualiti juga memainkan peranannya. Dari Laban Rata ke kaki gunung mengambil masa kira-kira 4 jam. Sepanjang perjalanan hujan. Pakaian basah kuyup. Rain coat pun tak dapat nak cover...sebab angin bertiup kuat.

memang puas hati - nak mai lagi

Sampai di kaki gunung, dalam hujan yang agak lebat. Kasut waktu tu dah basah kuyup. Turun melalui Tipohon. Dari situ terus ke taman negara dengan menaiki van sejauh 4 km. Makanan tengahari telah tersedia di cafe berhampiran tempat pendaftaran semasa kami mula-mula mendaftar untuk menaiki gunung.

Selepas semua peserta sampai, sijil penyertaan kami dapatkan dengan bayaran RM1 sahaja. Kemudian terus bergerak ke tempat penginapan yang terletak kira-kira 500 meter dari taman negara iaitu J Residen.

Berlatarbelakang - Kinabalu...

Keesokan harinya, kami bersiar-siar di kawasan berhampiran dengan kaki gunung Kinabalu melalui daerah Tambunan. Memang cuacanya sejuk seperti di Cameron Highland di Semenanjung Malaysia.

Bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan 2 buah van yang kami tempah awal-awal lagi memudahkan semua urusan. Selepas solat Jumaat kami meneruskan perjalanan melawat tempat-tempat menarik seperti tempat penternakan lembu. Macam di New Zealand la pula rasanya. Memang lembu-lembu di sini gemuk-gemuk dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merasa susu lembu segar di sini, harganya pun berpatutan.

Malam tersebut kami bermalam di Kota Kinabalu dan membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang kesokan harinya. Ada yang membeli mutiara, ikan terubuk masin dan macam-macam lagi.

Gunung Kinabalu memang meninggalkan kenangan manis buat semua peserta. Ia merupakan satu destinasi yang tidak dapat tidak perlu ada dalam diari setiap pencinta alam. Terima kasih dan tahniah kepada setiap peserta kerana menunjukkan semangat yang tinggi dalam mengharungi cabaran 'Mount Kinabalu Expedition 2010' ini.

Sekian.....

Friday, August 6, 2010

Ekpedesi Gunung Kinabalu Part 2

Awal-awal lagi semua peserta dah bangun. Waktu Subuh masuk awal 1 jam dari Semenanjung. Jika di Semenanjung waktu subuh ialah pukul 6 pagi, di Sabah pula 5 pagi. Jadi kami semua dah bangun sebelum 5 pagi lagi. Nak berhadapan dengan air sejuk untuk mandi pula...nasib baik la..water heater di resort ni..diservis dengan baik..dapat la merasa..mandi air panas. Kalau tidak ada yang tak mandi....
Kemudian kami terus bersarapan di restoran resort tersebut. Makanan sedap-sedap belaka. Ada nasi lemak, omlet, mee goreng...pendek kata semua kami belasah....bukan apa...takut kehabisan tenaga..semasa mendaki nanti. Juga setiap peserta dibekalkan dengan soti sandwitch, 2 biji telur rebus & seketul ayam goreng.

Untuk memudahkan pergerakan, kami dibahagikan kepada 3 team yang utama.

Team 1 - Shiva, Othman, Maslin, Hj Nik & Azam

Team 2 - Mazaini, Hj Idris, Farid, Azreen, Nazeri & Fadzilly


Team 3 - Aziz, Hadi, Norshah, Yusri, Zahid & Ari

Setiap team akan ada seorang 'guide' @ juru pandu semasa mendaki nanti. Salah satu perkara penting semasa mendaki ialah 'tongkat'. Tongkat tersebut boleh dibeli dari pemandu van yang menghantar kami sehari sebelum tu, iaitu semasa kami sampai di resort ini.Harga cuma RM3. Tetapi ianya amat membantu semasa mendaki atau menuruni kecerunan trail nanti


Bersama-sama dengan 'guide' - tengok ja badan kecik..tapi kederatnya..memang kuat!!


Bersiap sedia untuk mendaki

Sedikit bacaan doa untuk mendaki telah selamat disempurnakan. Jadi kami terus bergerak ke trail yang telah ditetapkan. Sungguh cantik semasa












Tuesday, August 3, 2010

Ekpedisi Gunung Kinabalu Part 1

Perjalanan bermula....


Seramai 17 peserta berkumpul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas untuk bertolak ke KLIA. Seterusnya ke Kota Kinabalu.


Mereka adalah :


1. Hj Nik, 2. Azam, 3. Nazeri, 4. Hj Idris, 5. Othman, 6. Maslin, 7. Farid, 8. Ari,
9. Azreen, 10. Norshah, 11. Fadilly, 12. Mazaini, 13. Hadi, 14. Shiva,
15. Yusri, 16. Mat Zahid & 17. Abd Aziz

Alor Setar- KLIA (0845hrs -0940hrs)



Check in di Alor Setar airport - Air Asia

Semua berjalan ke kapalterbang dengan penuh semangat


Tersenyum - bukan selalu nak naik flight ni abang!!



Permandangan dari atas - Alor Setar dan sekitarnya



Antara menu di dalam - Air Asia...menarik..tertarik...harga...boleh le dlm flight....


KLIA - Kota Kinabalu (1250hrs -1520hrs)


Perjalanan hampir 2 jam setengah dari KL ke Kota Kinabalu agak memenatkan. Ramai yang ambil peluang untuk melelapkan mata.



Berat kargo yang dibenarkan cuma 15 kg - jika berlebihan charge extra dikenakan



Beratur di KLIA sebelum berlepas ke Kota Kinabalu


Pas lawatan

Pas lawatan (sosial) akan diberikan semasa masuk ke Sabah sebaik sahaja turun dari kapalterbang. Cuma berikan kad pengenalan di kaunter pendaftaran. Cuma 2 minit sahaja proses pendaftaran. Pas tersebut akan dikutip semula semasa balik ke semenanjung nanti, jangan hilangkan.


Suasana berkabus - suhu kira-kira 18 degc (Kinabalu Park)


Di lapangan terbang Kota Kinabalu, kami tidak berehat lama. Dua buah van (bas mini) telah siap menunggu. Kami terus dibawa ke Kinabalu Park kira-kira 90 km dari Kota Kinabalu yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Setelah urusan pendaftaran peserta dan bayaran kepada 'guide' selesai, kami terus ke Mesilau Nature Resort untuk bermalam. Sepanjang perjalanan hujan turun dan suasana berkabus dimana-mana. Memang sejukkkk....



Mendaftar untuk dapatkan kunci bilik


Pada malam itu, sebelum melelapkan mata...kami dihidangkan dengan steamboat. Masing-masing tak bercakap banyak, terus makan. Sudah lapar......


Hj Nik bersama-sama sahabat dari Hong kong yang akan mendaki juga..


Pulun jangan tak pulun



masak steamboat ni senang ja..



Kemudian semua balik ke bilik masing-masing untuk tidur dan bersiap sedia untuk mendaki keesokan harinya.

Ekpedisi ke Gunung kinabalu Bermula....

Pada 4~5 Ogos nanti seramai 16 peserta dari Perlis Power akan menyahut cabaran menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.





Sebelum bertolak ke Sabah, pada 3 Ogos satu majlis doa selamat dan jamuan diadakan bagi mendoakan keselamatan pergi dan balik ke sana nanti.






Semua staff turut serta dalam majlis tersebut untuk memberi peransang dan kata-kata semangat...





Antara peserta yang menyertai ekpedisi tersebut

Taklimat terakhir oleh ketua ekpedisi - Azam
Berita terkini akan di 'update' bergantung kepada liputan internet di Sabah nanti. Jadi kepada sesiapa yang membaca blog ini, doakan kami semua dapat menghabiskan perjalanan pergi dan balik serta mendaki / menuruni dengan selamat, insyaAllah.

Sunday, June 20, 2010

MALAKOFF CHARITY RIDE 2010 - SUCCESFULL

Malakoff Charity Ride 2010 - mulai 4 hingga 6 Jun 2010. Kayuhan amal yang merupakan acara tahunan menyaksikan ramai peserta dari seluruh Malaysia mengambil bahagian. Laluan pada tahun ini adalah dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu ke Tanah Merah dan berakhir di Kota Bharu, Kelantan.

Perlis Power menghantar beberapa orang wakil yang merupakan 'riders & marshal' . Sehari sebelum hari kayuhan suatu majlis ringkas doa selamat diadakan. Bertolak ke Kota Bharu diringi oleh 4 superbike, sebuah pick up dan sebuah kereta.


Dari kiri : Farid, Maslin, Nazeri, Azreen, Izham, Hj Nik, Shiva, Ridzuan & Mazaini



Hari Pertama: Kota Bharu ke Kuala Terengganu (170km - Beach Day)


Hari pertama kayuhan menyusuri jalan pantai. Bermula dari Bandar Kota Bharu - Pulau Melaka - Bachok (pantai Irama) - Tok Bali - Besut - Kg Raja - Merang - Batu Rakit - Gong Badak - Kuala Terengganu - Pantai Batu Burok. Pada malamnya semua peserta bermalam di Kuala Terengganu.




Semua masih gagah....di hari pertama kayuhan


Antara hasil kutipan derma - disalurkan kepada mereka yang memerlukan


Riders dari Perlis Power : duduk berjersi hijau & ride up north


Hari Kedua : Kuala Terengganu ke Tanah Merah (190km - rolling day)


Hari kedua kayuhan melalui jalan berbukit menguji ketahanan semua peserta. Bermula dari pantai Batu Burok - Gong Badak - Felda Belora - Ladang Jaya - Setiu - Felda Selasih - Lata Belatan - Machang - Kemubu Kok Lanas - Tanah Merah.


Antara roadbike yang di cantik...harga??




2 peserta - dengan MTB mereka (Azreen & Farid) >Tabik la.....


Kanak-kanak pun tumpang syok

Keceriaan antara peserta & marshal



Hari ketiga - Tanah Merah ke Kota Bharu (170km Siam day)


Hari ketiga merupakan hari terakhir kayuhan. Bermula dari Tanah Merah - Felda Kemahang - Rantau Panjang - Meranti - Palekbang - Pasir Puteh - Kota Bharu



Siapa tak kenal - Abg Sharil (Malakoff)


Rehat dulu - post istimewa





TV3 - menemuramah peserta




Tidak ketinggalan CEO & Chif Marshal




Hebat keta nih...




Main sponsor & Co-sponsor



Kayuhan lebih 500km menguji tahap kesabaran yang tinggi. Walaupun keperitan dan keletihan serta kepanasan mentari yang menanti... tetapi semua peserta dapat menamatkan kayuhan tersebut.


Tahniah kepada semua yang menjayakan kayuhan tersebut. Segala usaha dan pengorbanan serta derma yang disalurkan dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan. Semoga usaha ini akan berterusan dan mendapat keberkatan dan diredaiNya.

Monday, June 14, 2010

HATYAI JAMBOREE 2010




12 JUN 2010 - Hatyai Jamboree 2010.

Kira-kira seramai 700 peserta dari Malaysia (400 org) dan Thailand(300 org) hadir untuk menyertai acara yang julung-julung kali diadakan di Hatyai, Thailand.

Sehari sebelum.....

Bermula dengan persediaan border pas @ passport antarabangsa, mengambil insuran kereta, menukar duit RM kepada bath Thailand serta persediaan mental dan fizikal, kami bertolak ke Thailand pada 11 Jun 2010. Bergerak dari Kangar pukul 3 petang dan sampai di Padang Besar 30 minit kemudian. Aku dengan Azreen berkongsi kereta manakala Farid dengan abangnya selaku jurukamera satu kereta.










Sampai saja di sana sebelum melepasi kastam Malaysia perlu 'declare' basikal atau barangan yang kita bawa, supaya balik nanti dapat pelepasan cukai. Tak mau declara pun tak pa...tapi kena la bayaq cukai kira-kira 30% dari nilai barang sewaktu balik nanti. Semasa kami sampai di situ ada satu team yang nak ke Hatyai Jamboree sangkut untuk urusan deklarasi.

Setelah dapat surat deklarasi, terus bergerak ke imigresen Thailand untuk chop passport @ border. Untuk kereta perlu berikan salinan surat pendaftaran @ geran kereta untuk proses deklarasi kenderaan kepada kastam Thailand. 20 minit di sempadan semua urusan selesai.

Waktu tu dah menunjukkan pukul 4 petang...dah lewat ni..sepatutnya sampai di Sadao..sebelum 4 petang untuk ikuti acara sambutan peserta dari Malaysia & konvoi ke Hatyai.

Sampai di Sadao, kira-kira 11km dari Padang Besar tak nampak sesiapa pun dah..confirm konvoi dah bergerak ke Hatyai. Jadi kami pun terus ke Hatyai jaraknya kira-kira 55km dari Sadao. Jalanraya dua lorong tanpa tol..mempercepatkan perjalanan...maintain 90-100 km/j.

Sampai di Hatyai pertama kali...redah sajalah...nak cari Hotel Sakura. Lebih setengah jam juga dok pusing Hatyai..akhirnya jumpa la hotel tu. Jumpa beberapa peserta dari Malaysia yang sampai awal tetapi masih lagi tak dapat 'check in'. Hajat nak duduk hotel 5 star (diskaun 50% - JB Hotel) dengan harga murah tak kesampaian. Berterabur juga para peserta nak cari hotel. Dengan bantuan Abg Ron..dapat la kami semua menginap di hotel lain. Kami bermalam di Florida Hotel - (Hotel peserta kayuhan pecah lemak 2009), nasib baik bawa duit lebih...semalam 550 bath saja. Ada sedikit masalah dengan 'booking' hotel. Tak kisahlah..janji..dapat balik duit deposit hotel..dan kami dapat tidoq nyenyak malam tu.




Bandar Hatyai


Pukul 11 malam semua dah tidur, bersiap untuk esok berkayuh. Ada juga yang ajak balik...merajuk tak dapat tidoq di JB hotel tu....tapi sabaq lagi....sampai esok pagi.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Hari Jamboree

Awal-awal lagi semua dah bangun. Bersiap utuk berkayuh. Tempat pelepasan kira-kira 5 km dari tempat kami menginap. Ramai juga yang berkayuh dari hotel. Kami membuat keputusan untuk bergerak dengan kereta, lagi pun dah check out kerana ada urusan pada hari Ahad. Selepas jamboree bercadang nak balik terus.





Kata-kata aluan dan pujian dari VIP kepada peserta Malaysia menaikkan semangat



Sampai di tempat permulaan ramai juga yang datang, waktu ni secara spontan semangat berkobar-kobar. Terus ambil no. plate dan goddies (jersey + tiub basikal + sijil & voucher 50 bath tak dak..pi mana tah). 5 minit kemudian flag off.... (kira-kira 0830 pagi waktu tempatan)


Tak sampai 100 meter berkayuh...bukit pertama....tinggi juga...2 ke 3 peserta dah jatuh semasa downhill...di jalan tar..peserta dari Kedah tak silap..patah tulang bahu..ada yang terbabas masuk semak di tepi jalan...kayuh lagi... que....lagi.. bukit sikit dah tolak....tak pa la...pelan-pelan.. mungkin riders fobia semasa kemalangan tadi.


Bukit kedua..lagi sakan..dengan batu tak kurang saiz penumbuk dewasa..penuh atas laluan...memang teknikal....ramai yang tolak...turun pun tolak...ada lagi yang jatuh...tak nampak pun..bulan sabit..untuk beri bantuan..mana depa pi ni??




Feeding point 1 - awek 'TOYOTA'



Kami teruskan kayuhan lagi....masa ni ramai dah berpecah....di feeding point 1 aku berehat lama. Rasa macam nak pitam. Cool down ...sembang-sembang dengan peserta Thai dengan bahasa isyarat...lega sikit rasanya. Ramai juga yang berhenti di sini. Air memang lebih dari cukup. Semuanya 'sejuk'.... itu kelebihan jamboree ni. Biasanya di jamboree M'sia...air mineral ambil dari kotak terus bagi pada peserta saja. Mungkin lepas ni kita boleh tiru macam jamboree Hatyai .


Rakan-rakan MTB



Happy-happy


Azreen & Farid depa kayuh depan. Dapat ranking 102 & 100++ dari semua peserta. Tahniah. Secara keseluruhan Hatyai Jamboree adalah bagus. Setiap 10 - 50 meter ada papan tanda. Memang persediaan terancang. Water station ada 5 tempat, pisang pun ada..tak silap 2 tempat...track boleh kayuh....cuma kederat saja yang kurang....


Tamat kayuhan semua bergegas balik ke hotel. Kami tumpang di Hotel Sakura untuk mandi sebelum balik ke Malaysia. Terima kasih Abg Ron.

Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah tak dapat hadir dan ramai juga yang tunggu pada malamnya.

Sampai di Danok, singgah sat untuk beli buah tangan (buah-buahan+makanan ringan) untuk family di Malaysia. Boleh pakai duit RM dah di sini. 'Ayam pun ramai'...kami tak tunggu lama..terus ke sempadan. Chop passport @ border pass di imegresen Thailand, hantar borang deklarasi kereta kepada kastam Thailand kemudian terus ke imegresen Malaysia dan terakhir sekali kastam Malaysia. Semua urusan selesai dan balik ke rumah masing-masing.




Daya tarikan - Danok



Terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung utk acara ini terutama Trackzone Thailand dan penganjur bersama Malaysia.

IT'S YOUR WORLD RIDE IT

Lagi gambar....

Sekian.....