Followers

Translate

Tuesday, August 3, 2010

Ekpedisi Gunung Kinabalu Part 1

Perjalanan bermula....


Seramai 17 peserta berkumpul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas untuk bertolak ke KLIA. Seterusnya ke Kota Kinabalu.


Mereka adalah :


1. Hj Nik, 2. Azam, 3. Nazeri, 4. Hj Idris, 5. Othman, 6. Maslin, 7. Farid, 8. Ari,
9. Azreen, 10. Norshah, 11. Fadilly, 12. Mazaini, 13. Hadi, 14. Shiva,
15. Yusri, 16. Mat Zahid & 17. Abd Aziz

Alor Setar- KLIA (0845hrs -0940hrs)



Check in di Alor Setar airport - Air Asia

Semua berjalan ke kapalterbang dengan penuh semangat


Tersenyum - bukan selalu nak naik flight ni abang!!



Permandangan dari atas - Alor Setar dan sekitarnya



Antara menu di dalam - Air Asia...menarik..tertarik...harga...boleh le dlm flight....


KLIA - Kota Kinabalu (1250hrs -1520hrs)


Perjalanan hampir 2 jam setengah dari KL ke Kota Kinabalu agak memenatkan. Ramai yang ambil peluang untuk melelapkan mata.



Berat kargo yang dibenarkan cuma 15 kg - jika berlebihan charge extra dikenakan



Beratur di KLIA sebelum berlepas ke Kota Kinabalu


Pas lawatan

Pas lawatan (sosial) akan diberikan semasa masuk ke Sabah sebaik sahaja turun dari kapalterbang. Cuma berikan kad pengenalan di kaunter pendaftaran. Cuma 2 minit sahaja proses pendaftaran. Pas tersebut akan dikutip semula semasa balik ke semenanjung nanti, jangan hilangkan.


Suasana berkabus - suhu kira-kira 18 degc (Kinabalu Park)


Di lapangan terbang Kota Kinabalu, kami tidak berehat lama. Dua buah van (bas mini) telah siap menunggu. Kami terus dibawa ke Kinabalu Park kira-kira 90 km dari Kota Kinabalu yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Setelah urusan pendaftaran peserta dan bayaran kepada 'guide' selesai, kami terus ke Mesilau Nature Resort untuk bermalam. Sepanjang perjalanan hujan turun dan suasana berkabus dimana-mana. Memang sejukkkk....



Mendaftar untuk dapatkan kunci bilik


Pada malam itu, sebelum melelapkan mata...kami dihidangkan dengan steamboat. Masing-masing tak bercakap banyak, terus makan. Sudah lapar......


Hj Nik bersama-sama sahabat dari Hong kong yang akan mendaki juga..


Pulun jangan tak pulun



masak steamboat ni senang ja..



Kemudian semua balik ke bilik masing-masing untuk tidur dan bersiap sedia untuk mendaki keesokan harinya.

6 comments:

  1. SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE KEMUNCAK DAN KEMBALI KE BASE SERTA MEMBAWA PULANG BUAH-BUAH TANGAN UNTUK ORANG ORANG TERSAYANG DI PERLIS.. !! Hehehe!!
    Up load GambaQ Banyak Banyak Sket... Baru best!!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah semua sampai ke puncak, Kota Kinabalu selalunya hujan..terutama sebelah petang...

    ReplyDelete
  3. Jannah Haji Idris..August 6, 2010 at 8:05 AM

    Best2...nanti teringin nk Daki juga...XPDC ln kali...bleh x nk join...huhu...

    ReplyDelete
  4. Gambar Semasa Mendaki tak dak ka?? Yang Tu Yang Nak Tengok. Ya la.. Next Year Sponser Para Suri Pulak..hahaha...

    ReplyDelete
  5. jannah...boleh..lain kali pulak...boleh tanya..siapa yg mendaki tu...bagaimana rasanya...ada yg serik dah..hehehe

    ReplyDelete
  6. Cik Pingu...nanti nak upload....sakit urat..tak habis lagi ni....

    ReplyDelete