Tempat penginapan yang selesa
Makanan yang disediakan di sini boleh dikatakan ok.. sangat. Almaklumlah bukan senang nak bawa bahan-bahan mentah untuk dimasak. Kesian juga tengok para 'pekerja' yang ambil upah bawa tong gas ke sini yang berat hampir 50 kg tu. Nak buat cam na...cari makan.
Memang cantik!!Seawal pagi kira-kira jam 1 pagi, semua peserta dah bersedia untuk meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu. Tunggu punya tunggu hujan tak mau berhenti lagi. Jam pun dah menunjukkan jam 4 pagi. Ada desas-desus menyatakan semua peserta tak dapat naik ke puncak hari ni kerana laluan dah jadi macam sungai. Jika nak naik juga dan berlaku apa-apa kemalangan, tanggung sendiri.
Bersiap sedia untuk ke puncak - pukul 1 pagi waktu tempatan
Kami tunggu lagi....memang sah tak dapat naik. Memang tak dak rezeki la. Semua masuk tidur balik. Dah pun masuk subuh pada pukul 5 pagi. Lepas solat, masing-masing tarik selimut. Untuk tidak menghampakan kami naik juga sehingga pintu masuk untuk ke puncak iaitu Gunting Lagadan, sampai tang ni pun jadilah. Lepas bergambar kami pun turun ke kaki gunung kerana perlu check out dari Laban Rata sebelum 10 pagi.
Menuruni gunung memang nampak mudah, tetapi memerlukan teknik yang betul. Kasut yang berkualiti juga memainkan peranannya. Dari Laban Rata ke kaki gunung mengambil masa kira-kira 4 jam. Sepanjang perjalanan hujan. Pakaian basah kuyup. Rain coat pun tak dapat nak cover...sebab angin bertiup kuat.
Selepas semua peserta sampai, sijil penyertaan kami dapatkan dengan bayaran RM1 sahaja. Kemudian terus bergerak ke tempat penginapan yang terletak kira-kira 500 meter dari taman negara iaitu J Residen.
Keesokan harinya, kami bersiar-siar di kawasan berhampiran dengan kaki gunung Kinabalu melalui daerah Tambunan. Memang cuacanya sejuk seperti di Cameron Highland di Semenanjung Malaysia.
Bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan 2 buah van yang kami tempah awal-awal lagi memudahkan semua urusan. Selepas solat Jumaat kami meneruskan perjalanan melawat tempat-tempat menarik seperti tempat penternakan lembu. Macam di New Zealand la pula rasanya. Memang lembu-lembu di sini gemuk-gemuk dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merasa susu lembu segar di sini, harganya pun berpatutan.
Malam tersebut kami bermalam di Kota Kinabalu dan membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang kesokan harinya. Ada yang membeli mutiara, ikan terubuk masin dan macam-macam lagi.
Gunung Kinabalu memang meninggalkan kenangan manis buat semua peserta. Ia merupakan satu destinasi yang tidak dapat tidak perlu ada dalam diari setiap pencinta alam. Terima kasih dan tahniah kepada setiap peserta kerana menunjukkan semangat yang tinggi dalam mengharungi cabaran 'Mount Kinabalu Expedition 2010' ini.
Sekian.....