Followers

Translate

Thursday, May 30, 2013


Perlis Power menghantar 5 rider untuk menyertai Malakoff Charity Ride 2013. 

Kayuhan sejauh 480km dari JB pada 24 Mei dan berakhir di KL pada 26 Mei sungguh mencabar semua 80 peserta.

Kayuhan amal tahunan ini berjaya mengutip hampir RM150 000 yang akan didermakan kepada badan-badan kebajikan, rumah orang-orang tua, anak-anak yatim dsb. Mudah-mudahan usaha murni ini diredhai dan diberkati Nya.

Malah ianya menjadi satu contoh yang baik untuk diikuti oleh organisasi yang lain....


Dari kiri : Shiva, Nazeri, Arif, Hj Nik & Muzairi

Bersama-sama dengan rider yang lain

Berhenti rehat....

Kelihatan dari jauh - semua rider berada dalam 'ploton ' untuk keselamatan semua.


Apa kata boss :

I wish to take this opportunity to inform that 5 cyclists (including me) have just successfully and safely participated in the Malakoff Charity Ride 2013 from JB to KL with a distance of about 480km. I would like to congratulate to all cyclists who were brave enough to accept the challenge and together crossed the finishing line. Hope to see other new faces in the coming years.


Wednesday, April 3, 2013

FUN RIDE >> OSH MONTH

2 April - Seramai 18 peserta yang terdiri dari kakitangan GET & ALSTOM telah mengambil bahagian dalam kayuhan "FUN RIDE" sempena sambutan "OSH MONTH".

  18 peserta yang mengambil bahagian
Dari kanan : Bazri, Nazeri, Shiva, Arif, Hj Idris, Chamnan, Noreman, Zahid, Hj Sarudin, Yusry, 
Hj Nik, Azreen, Ari, Sharimi, Abd Malik, Stefan, Mark Lampert, Zul aka Abas

Kayuhan bermula dari pintu utama Power Plant dan berakhir di tempat yang sama. Kayuhan sejauh 18 km secara santai dengan kelajuan antara 20 km/j hingga 25 km/j menguji stamina setiap peserta. Ianya juga menguji ketahanan fizikal dan semangat setiap peserta.


Kelihatan di belakang Marshal mengikuti peserta untuk memastikan perjalanan selamat

Menyusuri Sungai Baru sebelum membelok ke Kampung Padang Padang

Setelah berkayuh sejauh 10 km, berehat sebentar untuk melepaskan penat. Lokasi yang dipilih adalah di tepi laut. Angin yang bertiup mengeringkan peluh-peluh jantan yang keluar. Cuaca yang sedikit redup adalah satu rahmat, bahkan menaikkan semangat setiap peserta.

Melepaskan dahaga...

Tu dia - Abg mie dah mandi dah...Andak steady ja...

Satu tips untuk mengelakkan penghidratan (dehydration) semasa berkayuh ialah meminum air sebelum kita berpeluh atau setiap 15 minit berkayuh. Ini adalah mengelakkan badan kehilangan air dan boleh menyebabkan keletihan yang ekstream.

Lagi gambar........
En Abd Malik
Maslin - Marshal
 

Yusry, Zul & Noreman

Arif & Azreen

Hj Sarudin
Hj Nik
    

Kayuhan tamat pada pukul 5 petang setelah berkayuh selama 40 minit. (10 minit rehat). Tahniah kepada semua peserta. Semoga riadah ini mendapat keberkatan dalam misi untuk menjaga kesihatan semata-mata untuk mendapat redha Allah jua.