Followers

Translate

Monday, April 1, 2013

ANNUAL RELAY 2013

1-April; Acara tahunan iaitu "Alstom Relay" muncul lagi. Tahun ini, sempena "OSH MONTH" - (Occupational Safety and Health Month) acara tersebut dianjurkan semula. Piala pusingan sumbangan ex-Station Manager Power Plant dari Alstom iaitu Paul Harriman menjadi rebutan. Hadiah wang tunai hampir seribu ringgit menjadi hadiah sampingan.

Membuat persediaan awal - COO & GM turut hadir untuk memberi sokongan
 Seawal 8 pagi semua peserta berkumpul di bangunan pentadbiran. Penerangan ringkas diberikan oleh En Mat Zahid (Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Perlis Power Plant)tentang undang-undang pertandingan . Warm up / senaman regangan diketuai En Saiful dilakukan untuk memastikan peserta bersedia untuk berlumba nanti.

5 leader - bersedia di tempat  permulaan
 Tahun ini sebanyak 5 pasukan yang mengambil bahagian. Iaitulah dari Admin, Mechanical, Operation, Alstom dan Astranet.

Setiap pasukan terdiri dari 5 peserta. Terdapat 4 check point disepanjang laluan dimana "baton" akan bertukar tangan untuk membolehkan peserta berikut mula berlari / berbasikal. Johan pula akan ditentukan bilamana semua peserta termasuk "baton" dan basikal sampai digarisan penamat.


Operation Team
Winner > MEKANIKAL- dari kiri : Farid, Faizal, Nazeri, Saiful & Ahmad

2nd > ALSTOM - dari kiri : Mat Zahid, Zul, Syed, Chamnan & Mark

3rd > OPERATION - dari kiri Mazaini, Ari, Zain, Fitri & Azali



Baton - berupa kad

Sunday, February 3, 2013

Mana satu "KAMERA" pilihan hati ku ??

Untuk mengemaskini blog..tak best lah kalau tak ada gambar...nak ada gambar kenalah ada kamera.

Dah lebih seminggu dok survey dalam internet kamera yang sesuai. Terutamanya boleh dibawa semasa berkayuh nanti. Antara kriteria yang akan diambil kira seperti berikut:

~Tahan lasak (kalau terjatuh tak la rosak).

~Ringan (kalau berat teruk la nak pikul).

~Kalis air (kalau hujan semasa berkayuh tak rosak la nanti).

~Harga (ikut kemampuan, lagi mahal lagi bagus ie: Jika dapat sponsor dari majikan lagi baik)

~Kualiti (pilih jenama terkenal seperti NIKON, PANASONIC, OLYMPUS, CANON, SONY dll)

~Lain-lain kelebihan :

>(WIFI - boleh pindah gambar tanpa wayar ke smartphone)

>(GPS - boleh rekod perjalanan, lokasi tempat)

>(Altimeter & barometer - ukur ketinggian tempat & tekanan udara)


Ada beberapa kamera dalam perkiraaan :

PANASONIC LUMIX FT5


NIKON COOLPIX AW110


OLYMPUS TOUGH 2


SONY


CANON D20



Mudah-mudahan dapat la memiliki salah satu dari kamera tersebut...insya ALLAH.